Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bateri Li-Ion Yang Boleh Dilentur, Lipat Dan Dipotong Dihasilkan Firma Korea Selatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bateri Li-Ion Yang Boleh Dilentur, Lipat Dan Dipotong Dihasilkan Firma Korea Selatan

Bateri  Li-Ion digunakan majoriti peranti mudah alih, elektronik dan power bank di pasaran sekarang, Pergantungan manusia kepada kuasa bateri membuatkan teknologi bateri Li-Ion dimajukan bagi memenuhi keperluan semasa. Dengan pertambahan peranti boleh pakai dan telefon pintar boleh lipat, bateri yang turut boleh melentur adalah amat diperlukan.

Amo Greentech sebuah firma di Korea Selatan mengumumkan mereka akan memulakan penghasilan beteri Li-Ion fleksibel pertama di dunia pada Oktober hadapan. Bateri keluaran mereka masih boleh berfungsi dengan selamat selepas dilipat 180 darjah, dipusing sehingga 20 darjah dan dipotong menggunakan gunting seramik. Jika perkara yang sama dilakukan pada bateri menggunakan teknologi semasa, ia sudah gagal berfungsi dan di dalam kes ekstrem meletup.

Menurut Amo Greentech bateri mereka telahpun menerima sijil keselamatan dari UL, IEC (International Electrotechnical Commission), dan KSC (Korea Standards Commission). Bateri berkapasiti 42mAh, 135mAh, 650mAh, 1,000mAh, dan 2,000mAh dihasilkan untuk kegunaan pelbagai peranti. Selain mampu lentur, bateri Amo Greentech juga mampu bertahan sehingga suhu 300 darjah Celsius berbanding 150 darjah Celsius pada bateri Li-Ion biasa. Tetapi pada waktu yang sama untuk saiz yang sama, kapasiti bateri keluaran mereka adalah 30% lebih kecil.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nSIe1t

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.