Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Presiden Renang Brazil Ditahan Rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Presiden Renang Brazil Ditahan Rasuah

RIO DE JANEIRO: Bekas presiden Persekutuan Renang Brazil (CBDA) dan dua pegawai lain, ditahan polis semalam selepas didakwa menggelapkan dana awam 40 juta reais (RM56.4 juta).

Penahanan itu dibuat selepas bekas pemimpin CBDA itu dituduh menyalahgunakan dana untuk latihan dan pembelian alatan.

Ia susulan dakwaan yang dibuat beberapa atlet, bekas atlet dan ahli perniagaan berkaitan sukan berkenaan sekali gus menjadi skandal rasuah terbaru di Brazil membabitkan persatuan sukan selepas bola sepak dan bola tampar.

Jurucakap polis berkata, bekas presiden CBDA, Coaracy Nunes ditahan bersama bekas pengarah kewangannya dan penyelaras teknikal pasukan polo air.

“Saya menangis kerana lega dengan berita ini.

“Saya memang berharap untuk ini, ” kata bekas perenang Olimpik Joana Maranhao yang menjadi pengkritik utama CBDA.

Sebahagian daripada operasi ini, polis turut menahan empat pegawai untuk disiasat dan mengeluarkan 16 waran geledah

CBDA, yang membabitkan sukan seperti terjun, renang dan polo air.

Nunes yang dipilih mengetuai badan induk itu sejak 1988, meninggalkan organisasi itu pada Mac lalu dan sehingga kini masih belum memutuskan calon penggantinya.

Reuters

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oPrx8T

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.