Honda Civic Si Coupe Dan Sedan Diperkenalkan Di Amerika – 205 Hp/260 Hp, 6 Kelajuan-manual, LSD
Model produksi sebenar Honda Civic berprestasi tinggi khas untuk pasaran Amerika Syarikat iaitu Si generasi baharu kini telah didedahkan secara rasmi. Berbeza dengan model generasi sebelumnya yang hanya diberikan dalam versi coupe dua-pintu, model baharu ini turut ditawarkan dalam versi sedan empat pintu.
Diasaskan dari Honda Civic generasi kesepuluh, ia turut diberikan enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan sistem suntikan bahan api terus yang sama, tetapi menerima talaan lebih berkuasa – menghasilkan 205 hp dan tork maksima 260 Nm. Berbanding enjin 2.4 liter NA pada Civic Si generasi sebelum ini yang menjana kuasa 205 yang sama, enjin turbo lebih kecil berkenaan mampu mencapai kuasa puncak pada takat putaran enjin 1,300 rpm lebih awal serta tork puncak dihasilkan 24 Nm lebih besar pada takat putaran 2,300 rpm lebih rendah.
Menerusi video rasmi yang disiarkan, enjin berkenaan turut menghasilkan bunyi yang jauh lebih sporty berrbanding enjin 1.5 liter VTEC Turbo versi standard. Ia hanya dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan bersama mekanisma quick shift, serta lengkap dengan LSD heliks. Walau bagaimanapun, Honda masih lagi belum mengumumkan angka rasmi pecutan 0-100 km/j serta kelajuan maksima Civic Si ini.
Model generasi baharu ini juga dibina dengan kerangka lebih tegar serta lebih ringan dari sebelum ini. Ia turut diberikan suspensi dengan talaan lebih sporty bersama sistem penyerap hentak adaptif dan turut menampilkan spring lebih keras, bar anti-oleng lebih tegar (+30% hadapan, +60% belakang), bushing solid pada hadapan dan belakang serta lengan kawalan hadapan lebih tegar yang dikongsi bersama Civic Type-R.
Civic Si diberikan rim bersaiz 18-inci dua-tona disaluti tayar 235/40 R18 (dengan opsyen tayar berprestasi tinggi). Disebalik roda berkenaan, ia diberikan set brek lebih baik dengan angkup 12.3-inci pada bahagian hadapan.
Model generasi baharu ini turut menampilkan dua mod pemanduan iaitu Normal dan Sport. Mod Normal bakal memberikan pemaduan yang selesa. Manakala untuk mod Sport, karekter penyerap hentak, stereng dan respon pedal pendikit akan dilaraskan untuk pemanduan yang lebih beprestasi tinggi.
The first ever turbocharged Honda Civic Si
The first ever turbocharged Honda Civic Si
Berbanding versi standard, Si diberikan penampilan yang lebih garang dengan muka “Solid Wing” berwarna hitam bersama liang kemasukan udara pada bampar hadapan yang lebih besar. Kedua-dua coupe dan sedan menerima tip ekzos krom berbentuk-poligon pada bahagian tengah bampar. Model sedan menerima spoiler belakang bersaiz penuh bersama lampu brek LED bina dalam, manakala coupe masih mengekalkan bar lampu penuh merentangi but belakang dengan spoiler yang lebih besar.
Pada bahagian dalaman, Si diberikan tempat duduk yang lebih sporty serta diberikan jahitan benang merah dan juga sulaman logo Si. Jahitan benang merah berkenaan turut dilihat pada panel pintu, roda stereng, dan juga pada boot kulit tuil gear. Ia turut diberikan meter digital TFT dan lampu nyalaan lain dengan tema merah, tombol gear dan set pedal aluminium serta kemasan-kemasan Karbon Keluli Kering.
Ciri lain pada Si adalah sama dengan perincian premium yang ditawarkan pada varian sedan dan coupe EX-T pasaran Amerika termasuk sistem penghidup enjin kawalan jauh, kunci automatik walk away, brek parkir elektronik, sistem penghawa dingin dua-zon dan pelbagai lagi.
The first ever turbocharged Honda Civic Si
Sistem infotainmen Display Audio dengan skrin sesentuh 7-inci pada Si ini turut menyokong hubungan Android Auto dan Apple CarPlay. Ia turut diberikan sistem audio berkuasa 450-watt, dihubungkan kepada 10-pembesar suara serta menyokong fungsi SiriusXM Radio, HD Radio dan Pandora.
Untuk keselamatan pula, varian berprestasi tinggi ini diberikan sistem brek ABS lengkap dengan EBD, VSA, bersama traction control serta Agile Handling Assist. Belum lagi diuji, tetapi Civic Si disasarkan untuk mendapatkan penarafan 5-bintang dalam ujian NCAP.
Honda Civic Si 2017 coupe dan sedan pasaran USA akan diproduksi di kilang Honda Ontario, Kanada, manakala enjinnya pula akan dihasilkan di kilang Honda Anna, Ohio, Amerika Syarikat. Penjualan model ini dipasaran tersebut bakal bermula pada bulan hadapan.
Varian Si telah diperkenalkan buat pertama kali pada Civic generasi ketiga (SB), Namun sejak Type-R diperkenalkan di Jepun, Si hanya diproduksi untuk Amerika Syarikat sahaja sebagai model Civic paling berkuasa bagi pasaran berkenaan dalam bentuk badan Coupe dua-pintu. Selain diberikan pilihan sedan empat pintu pada model generasi baharu ini, Si di Amerika Syarikat tidak lagi diletakkan pada kedudukan tertinggi kerana Civic Type-R generasi baharu bakal dijual secara rasmi pada pasaran tersebut.
[embedded content]
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o8NZf6✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment