Hi! Welcome Back and Stay Tune! Modenas Akan Umum Rakan Kerjasama Strategik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Modenas Akan Umum Rakan Kerjasama Strategik

SHAH ALAM: Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) yang juga unit DRB-HICOM Bhd, sudah mengenal pasti satu rakan strategik bagi membantunya memperkukuh usaha menembusi pasaran motosikal, memanfaatkan kilang pengeluaran di Gurun, Kedah selain memacu kemampuan eksportnya.

Malah, Ketua Pegawai Operasi Pengedaran Automotif, Pembuatan dan Kejuruteraan Automotif DRB-HICOM, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata syarikat itu juga sudah berbincang secara tertutup dengan rakan strategik itu.

“Kami sudah memuktamadkan (kerjasama strategik), tetapi saya tidak akan mengulas lanjut hari ini (Khamis). Pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada tahun ini,” katanya kepada media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Harith berkata rakan strategik itu akan turut membantu Modenas mengeluarkan model-model baharu.

“Aspek ini yang kami utamakan menerusi kerjasama ini,” katanya.

Namun, katanya, kerjasama itu akan diperhalusi dan ditambah baik sebelum diumumkan secara rasmi.

Beliau menyifatkan kerjasama strategik itu sebagai detik perubahan bagi Modenas menembusi pasaran motosikal, mengukuhkan kehadiran serta memaksimumkan kilang pengeluaran di Gurun yang mampu mengeluarkan 120,000 unit motosikal.

“Ini sejajar usaha memanfaatkan potensi pertumbuhan pasaran baharu yang kita sasarkan. Ia boleh dilakukan tanpa sebarang pelaburan besar, sebaliknya (hanya) melibatkan pembangunan model,” katanya.

Abdul Harith berkata pihaknya mempunyai perancangan besar untuk Modenas, termasuk program-program eksport dengan rakan strategik baharu.

“Kami perlukan rakan strategik yang memiliki (kelebihan) pasaran dan teknologi bagi membolehkan kerjasama ini dijalankan.

“Kami juga perlu terbabit dengan pihak yang sedia untuk bekerjasama. Ini kerana kami sudah ada lokasi pasaran, asas jualan dan perkkongsian platform teknologi yang tidak memerlukan perbelanjaan besar,” katanya.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oGgAdh

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.