Hi! Welcome Back and Stay Tune! Naib Presiden QFA Bebas Hukuman Gantung 1 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Naib Presiden QFA Bebas Hukuman Gantung 1 Tahun

Saoud Al-Mohannadi. – Foto www.espnfc.com

ZURICH: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Qatar, Saoud Al-Mohannadi memenangi rayuan atas penggantungan setahun yang dikenakan terhadapnya oleh jawatankuasa etika bebas kerana enggan membantu dalam penyiasatan.

Susulan pendengaran di Zurich pada minggu lalu, jawatankuasa rayuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerima rayuan dan menggugurkan tuduhan ke atas Al-Mohannadi yang juga Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut FIFA Al-Mohannadi dikenakan hukuman berkenaan kerana enggan bekerjasama dalam siasatan rasuah dan didenda AS$19,900 (RM88,28) sekali pun penggantungan itu kurang daripada 30 bulan yang dipohon jawatankuasa etika.

Ketika hukuman itu dijatuhkan pada tahun lalu, Al-Mohannadi dituduh melanggar “tugasnya untuk bekerjasama sebagai saksi dalam prosiding berkenaan.”

Walaupun FIFA tidak menyatakan dengan tepat mengenai siasatan itu, ia tidak berkaitan dengan dakwaan yang berkaitan dengan penganjuran Piala Dunia oleh Qatar pada 2022.

Al-Mohannadi sebelum ini turut dihalang oleh FIFA daripada bertanding sebagai perwakilan AFC dalam Majlis FIFA pada Kongres AFC.

AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o39goT

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.