Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netizen Bertelagah Gara-gara Zara Zya Tak Belah Roti Burger - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netizen Bertelagah Gara-gara Zara Zya Tak Belah Roti Burger

Niat pelakon cantik, Zara Zya yang sekadar berkongsi aksinya memasak burger telah mengundang padah apabila beliau dikritik gara-gara caranya memasak makanan tersebut dianggap tidak betul hanya disebabkan dia tidak membelah roti burger terlebih dulu sebelum memanggangnya.

Pada 5 April lalu, Zara memuat naik di laman Instagram miliknya sekeping foto menunjukkan dia sedang memasak burger. Gambar tersebut berserta kapsyen, “Sapa nak burger sebijik? Mai sini…”. Difahamkan aksi Zara itu merupakan salah satu babak drama komedi terbaharu lakonannya.

Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna media sosial. Ada yang memberikan komen pujian serta menganggap cara pelakon itu memasak burger, lucu dan lain daripada yang lain.

Bagaimanapun, ada pihak yang mempersoalkan mengapa roti burger itu tidak dibelah dua seperti kebiasaan cara masakan burger. Lantaran itu menyebabkan tercetusnya ‘perang’ antara penyokong Zara zya yang mempertahankan artis kesayangan mereka dengan segelintir pihak yang tidak berpuas hati gara-gara roti tidak dibelah dua.

Tidak mahu hal tersebut berpanjangan, lantas Zara menulis komen mengatakan ianya sekadar babak untuk sebuah drama komedi dan jangan cepat membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.

The post Netizen Bertelagah Gara-gara Zara Zya Tak Belah Roti Burger appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o79cWA

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.