Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Najib Puas Hati Pertumbuhan Ekonomi Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Najib Puas Hati Pertumbuhan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan pertumbuhan ekonomi negara yang memperlihatkan pertumbuhan amat memberangsangkan.

Beliau berkata ini terutamanya melibatkan sektor perdagangan dan eksport, dengan nilai eksport negara melebihi RM70 bilion untuk bulan keempat berturut-turut sejak November 2016.

“Bagi Februari tahun ini, eksport kita mencecah RM71.77 bilion, naik 26.5 peratus berbanding tahun lalu. Kesemua sektor utama iaitu barangan perkilangan, hasil galian dan keluaran pertanian mencatat pertumbuhan yang tinggi.

“Ini adalah satu indikator positif dan satu suntikan semangat keyakinan terhadap usaha dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya dalam catatan di laman Facebook malam tadi.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, jumlah perdagangan Malaysia pada Februari 2017 meningkat 27.1 peratus, mencecah RM134.83 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Najib berkata berdasarkan pertumbuhan memberangsangkan itu, institusi-institusi penyelidikan turut meramalkan ekonomi Malaysia akan berkembang lebih besar pada tahun ini berbanding ramalan awal.

Justeru, Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu berusaha untuk terus melangkah maju dalam merealisasikan pertumbuhan ekonomi kukuh.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p7c43n

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.