Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Belajar Di Amerika Syarikat Tak Pulang 18 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Belajar Di Amerika Syarikat Tak Pulang 18 Tahun

Azizah Ahmad, 65, menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan anaknya, Aizam Awang, 39, tetapi tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan laporan polis itu.

KOTA KINABALU: “Tak balik pun tak apa, asalkan dapat dihubungi, tapi kalau balik Alhamdulillah,” kata Azizah Ahmad, 65, meluahkan harapan agar anaknya, Aizam Awang, 39, yang terputus hubungan sejak lapan tahun lalu kembali ke pangkuan keluarga.

Azizah yang ditemui BH di rumahnya di Nombor 5, Lot 248, Lorong Selunsung B, Taman Sempelang, Sembulan, di sini, berkata Aizam tidak pernah pulang sejak melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat pada 1998 dan gagal dihubungi sejak 2008.

Katanya, kali terakhir bertemu anak kedua daripada enam beradik itu ialah pada 2001, ketika beliau bersama arwah suami, Awang Idris dan dua adik Aizam melawat California, Amerika Syarikat.

“Ketika itu Aizam sudah tamat belajar dan bekerja di sebuah farmasi selain menjual insurans. Saya sempat ajak dia balik tetapi dia menangis dan tidak mahu balik walaupun ayahnya belikan tiket ke Malaysia.

“Saya tak tahu kenapa dia tidak mahu balik. Seingat saya tiada apa masalah yang mengguris hati atau menyebabkannya merajuk, cuma dia pernah memberitahu mahu jalan-jalan dan bekerja dahulu di Amerika Syarikat selepas habis belajar.

“Tak sangka pula dia terus tak mahu balik hingga sekarang. Ayahnya meninggal dunia pada 2008 pun dia tak balik. Selepas itulah dia tidak lagi dapat dihubungi, telefon tak dijawab, surat tak dibalas dan kami tak tahu keadaannya sekarang,” katanya.

Azizah berkata, Aizam melanjutkan pelajaran di Universiti Pan Pasific, California dan mengambil kursus Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) menerusi tajaan MARA pada 1998.

Katanya, pinjaman Aizam ditukar kepada biasiswa selepas mencatat keputusan yang baik dalam pengajiannya dan dia sepatutnya pulang untuk memenuhi syarat tajaan berkhidmat di tanah air.

Bagaimanapun, beliau berkata, MARA juga tidak berbuat apa-apa termasuk menghubungi Aizam untuk memintanya pulang dan bekerja dalam bidang pengkhususannya iaitu mengajar bahasa Inggeris.

Aizam Awang, 39, (tengah baris belakang)

Azizah cuba menghubungi Aizam menerusi e-mel tetapi alamat e-mel digunakan anaknya sebelum ini sudah ditamatkan. “Kami buntu bagaimana untuk menjejakinya di Amerika Syarikat.

Sebagai ibu, saya sentiasa teringatkan dia, rindu saya Tuhan sahaja yang tahu. Kalau tak dapat balik kerana tiada duit untuk beli tiket, kita boleh bantu tetapi dia tak dapat dihubungi, jadi kita tak tahu keadaannya.

“Saya juga teringin ke sana mencarinya tetapi tak mampu. Lagipun saya tak tahu sama ada dia masih tinggal di tempatnya dulu di California atau sudah berpindah,” katanya.

Azizah yang juga pesara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan berasal dari Negeri Sembilan, merayu sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Aizam supaya menghubunginya di talian 088-230604 atau 016-8306941.

BH

[embedded content]

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mf8BPS

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.