Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemuda BN gesa kerajaan timbang semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemuda BN gesa kerajaan timbang semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan Malaysia menimbang semula hubungan diplomatiknya dengan Korea Utara susulan tindakan negara itu yang terus mempertikai serta tidak menghormati undang-undang Malaysia.

Timbalan Pengerusinya Khairul Azwan Harun berkata gesaan itu mencerminkan rasa tidak puas hati dan kemarahan rakyat Malaysia apabila undang-undang negara ini dipertikai oleh pihak asing.

Katanya Kedutaan Korea Utara di Malaysia secara terang-terangan memfitnah Malaysia.

“Banyak kenyataan yang dikeluarkan (Korea Utara) mengandungi dakwaan yang serius serta tuduhan tidak berasas dengan membayangkan undang-undang kita mudah dicampuri dan dimanipulasi pihak asing, sekali gus tidak boleh dipercayai.

“Malaysia, sebagai sebuah negara berdaulat, tidak akan bertoleransi terhadap sebarang usaha untuk mengganggu gugat institusi, kepimpinan dan rakyatnya,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan nota bantahan dua muka surat kepada perwakilan kedutaan itu, di sini hari ini.

BACA: Saudara terdekat Jong Nam dijangka tiba sehari dua lagi – Noor Rashid

BACA: Kekebalan diplomatik bukan alasan tidak bantu siasatan – Khalid

Beliau turut menggesa kerajaan Malaysia membatalkan perjanjian tanpa visa dengan Korea Utara.

“Kami juga ingin mengingatkan Kedutaan Korea Utara bahawa kedua-dua negara kita mendapat manfaat daripada hubungan diplomatik dan ekonomi ini,” katanya.

Hubungan Malaysia dan Korea Utara menjadi tegang sejak bermulanya siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam.

Duta Korea Utara ke Malaysia Kang Chol terus-menerus mengutuk kerajaan Malaysia dan siasatan yang dijalankan oleh polis.

Beliau mendakwa polis hanya menyasarkan dan menyematkan syak wasangka terhadap warga Korea Utara serta menuduh Malaysia berpakat dengan Korea Selatan.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mb29wa

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.