Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarawak, Sabah kena bayar pampasan gaji pemain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarawak, Sabah kena bayar pampasan gaji pemain

ABDUL Aziz Yeop Jamaludin. – Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) perlu membayar pampasan sebanyak RM370,000 kepada empat bekas pemainnya, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Abdul Aziz Yeop Jamaludin, hari ini.

Abdul Aziz yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu berkata, hasil perbincangan antara pemain dan wakil pasukan, jumlah pampasan berkenaan dipersetujui kedua-dua pihak walaupun rendah daripada nilai sepatutnya.

“Mesyuarat hari ini berkenaan status empat pemain Sarawak FA yang ditamatkan kontraknya secara sebelah pihak serta tunggakan gaji,” kata Abdul Aziz selepas mesyuarat di Wisma FAM hari ini.

“Kita juga membincang berkenaan tunggakan gaji pemain DYS FC dari Sabah serta tuntutan ejen pemain terhadap Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

“Hasil perbincangan antara pemain, pasukan dan juga wakil dari Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), persetujuan dicapai berkenaan jumlah pembayaran oleh pasukan kepada pemain-pemain berkenaan.”

Empat pemain berkenaan ialah K Gurusamy (pampasan sebanyak RM60,000), Mohd Akmal Mohd Noor (RM30,000), K Thanaraj (RM120,000) dan Mohd Iqbal Mohd Suhaimi (RM160,000).

Dalam kes tunggakan gaji pemain DYS Sabah, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengurangkan bayaran tunggakan daripada tiga bulan kepada sebulan setengah kepada empat pemainnya.

Empat pemain berkenaan ialah Razid Ghafar (dibayar RM6,000), Mohd June Azral Lalah (RM6,000), Zainizam Marjan (RM8,250) dan Mohd Reithaudin Awang Emran (RM8,250).

Bagi kes membabitkan Jesper Echue terhadap PAFA, jawatankuasa berkenaan menolak tuntutan ejen berkenaan kerana tiada dokumen mengesahkan persatuan negeri itu terikat untuk membayar jumlah berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan PAFA sudah membayar sejumlah AS$7,000 (RM31,000) kepada Echue secara tidak rasmi.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mfOH75

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.