Hi! Welcome Back and Stay Tune! Carlos Ghosn bakal letak jawatan presiden dan CEO Nissan, digantikan oleh Hiroto Saikawa bermula 1 April - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Carlos Ghosn bakal letak jawatan presiden dan CEO Nissan, digantikan oleh Hiroto Saikawa bermula 1 April

Bos Pakatan Renault-Nissan, Carlos Ghosn bakal melepaskan jawatannya sebagai presiden dan CEO Nissan bermula 1 April ini, menurut laporan Automotive News. Walau bagaimanapun, Ghosn akan kekal sebagai pengerusi Nissan dan masih menyandang jawatan sebagai pengerusi dan CEO Renault, Pakatan Renault-Nissan dan Mitsubishi, dalam usahanya untuk lebih fokus terhadap kepimpinan terhadap kumpulan automotif berkenaan.

CEO bersama Nissan sedia ada, Hiroto Saikawa, akan menyandang jawatan tersebut bersendirian kelak; tanggungjawabnya di Mitsubishi memerlukan tugas tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Saikawa,kata Ghosn.

“Sebagai Pengerusi Nissan, saya akan terus memantau dan memimpin syarikat ini, kedua-duanya bebas dan di dalam Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi,” kata Ghosn. “Perubahan perancangan ini turut membolehkan saya untuk menumpukan lebih masa dan tenaga bagi menguruskan evolusi strategik dan operasi serta pengembangan Pakatan dan memastikan bahawa semua ahli mendapat faedah dari kelebihan kompetitif yang akan diberikan skala tersebut,” tambahnya.

Perlantikan Saikawa ini selari dengan matlamat Ghosn yang mahu kepimpinan dari rakyat Jepun sendiri untuk jenama tersebut. “Saya mahu apabila tiba masa nanti pengganti dari Jepun akan mengetuai Nissan. Ia adalah simbolik, dan kita ada ramai bakat dari Jepun. Saya mahu Nissan terus dilihat sebagai syarikat Jepun,” kata Ghosn kepada Automotive News dalam satu temuramah tiga tahun lalu. Saikawa kini telah berusia 63 tahun, setahun lebih tua daripada Ghosn.

Saikawa mula menyertai Nissan pada tahun 1977, dan kemudian dilantik sebagai pengerusi komiti pengurusan Amerika dan Eropah serta sebagai naib presiden eksekutif untuk pembelian. Selepas itu, Saikawa berkhidmat sebagai ketua pegawai kompetitif Nissan dari 2013 hingga 2016, dan juga turut dilantik sebagai ahli lembaga Renault dari 2006 hingga 2016.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lya0Ri

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.