Kerber hampiri gelaran nombor satu dunia
ANGELIQUE Kerber membalas pukulan Monica Puig pada Kejuaraan Tenis Dubai, semalam. – Foto EPA
DUBAI: Angelique Kerber menewaskan Monica Puig 6-2, 6-3 dalam tempoh hampir sejam di Kejuaraan Tenis Dubai semalam, sekali gus menghampiri ranking nombor satu dunia yang pernah menjadi miliknya sebelum ini.
Pilihan utama dari Jerman itu pernah menduduki ranking teratas WTA pada 2016 sebelum Serena Williams merampasnya pada September lalu. Dia kini berpeluang untuk berada di kedudukan utama itu sekiranya memenangi kejuaraan di Dubai pada Sabtu ini.
Kemenangan itu turut membalas dendam kekalahan Kerber ke atas pemain dari Puerto Rica itu dalam pemburuan pingat emas Sukan Olimpik di Rio, Brazil pada Ogos lalu.
“Saya cuba bermain permainan saya. Saya gembira dengan cara permainan saya hari ini. Saya benar-benar cuba untuk kekal fokus bagi setiap mata dan cuba untuk bergerak dengan baik, membawa bola ke belakang.
“Saya hanya berfikir mengenai permainan saya, mengenai rentak saya, tidak berfikir mengenai lawan, ” kata Kerber.
Lawan Kerber di peringkat seterusnya ialah Ana Konjuh yang sebelum itu berjaya menyingkirkan pilihan kelapan, Elena Vesnina 3-6, 6-4, 7-6 (7/4).
Sementara itu, Pilihan ketujuh, Elina Svitolina pula menewaskan Christina McHale 4-6, 6-4, 6-3 dalam perlawanan yang berlarutan hampir dua setengah jam.
“Saya bertarung dengan diri sendiri pada hari ini, saya tidak berada di sana bagi mata yang penting. Saya tidak memberikan yang terbaik, namun saya gembira kerana menang.
“Ini membuktikan yang saya boleh mengharungi perlawanan yang sukar sekali pun tidak bermain dengan baik dan cuba untuk mencari rentak permainan.
“Pada penghujung set ketiga, saya kembali memperolehnya, saya menemuinya. Ia adalah positif yang saya bertarung sehingga penamat dan tidak menyerah kalah, ” kata Svitolina.
Pada perlawanan pusingan tiga yang lain, pemain Amerika Syarikat, Lauren Davis menewaskan Ekaterina Makarova 4-6, 6-1, 6-3 manakala pemain China, Wang Qiang menewaskan Kristina Mladenovic 6-1, 6-4, sehari selepas pemain dari Perancis itu mengejutkan pilihan kedua, Karolina Pliskova.
AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lrL9R3✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment