Tak Menyepi Cuma Banyak Terima Watak Sampingan
Spread the love
AKTOR kacak dan tinggi lampai, Idris Khan seolah-olah menyepi dari industri hiburan tempatan selepas kontroversi yang melanda dirinya bersama beberapa rakan artis.
Namun Idris menepis dakwaan itu dan menjelaskan bahawa dia masih lagi aktif dan banyak menerima tawaran berlakon daripada produksi tempatan sebagai watak sampingan.
“Tawaran yang datang juga back to back, tapi mungkin sebabkan orang tak tahu jadi mereka fikir saya hilang.
“Kawan baik saya, Pekin yang bagi advice untuk saya cuba sesuatu yang berbeza macam terima watak supporting dan menerima tawaran untuk stesen TV berbeza,” jelasnya kepada Media Hiburan.
Baca: Foto Bogel: Atikah Suhaime Nafi, Idris Khan Kunci Mulut
Baca: Fokus Asah Bakat Lakonan, Idris Khan Akui Pernah Terima Mesej Lucah
Di samping itu, Idris turut meluahkan kesyukuran kepada penggiat seni tempatan kerana masih mempercayai kredibiliti lakonannya.
“Walaupun saya dilanda kontroversi, Alhamdulillah penerbit, pengarah dan stesen TV mempercayai kreadibiliti saya. Mereka tahu macam mana kerja saya dan mereka mempercayai saya. Work is work,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun ini menegaskan bahawa dia seorang yang profesional dalam bekerja.
Manakala tentang perhubungannya dengan aktor Ammar Alfian, Idris memberitahu mereka masih bertegur sapa sementara itu dengan Atikah Suhaime, jejaka ini menjelaskan mereka bukanlah kawan rapat.
“Kami bukan jenis yang keep in touch, tapi bila berjumpa kami bertegur sama. Dengan Atikah saya tak rapat.
“Tapi andai kami disatukan kembali untuk berlakon bersama, saya tidak ada masalah. Saya profesional dengan kerja saya,” jelasnya. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Media Hiburan
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment