Indonesia haramkan pesawat PM Israel lalui ruang udaranya ke Sydney
SINGAPURA – Penerbangan dari Singapura ke Sydney, Australia sepatutnya hanya mengambil masa 7 jam atau lebih. Tetapi tidak bagi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu apabila penerbangannya terpaksa mengambil masa lebih 11 jam, lapor The Washington Post.
Perkara itu berlaku kerana syarikat penerbangan yang membawa Perdana Menteri Israel itu, iaitu El Al, syarikat penerbangan negara Israel, sengaja mengelak melalui ruang udara Indonesia.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh FlighAware, penerbangan pemimpin Israel itu terpaksa dilencongkan kerana Indonesia tidak memberikan El Al akses kepada ruang udara negaranya.
Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia. Seperti negara majoriti Islam yang lain, Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel kerana konflik mereka dengan Palestin.
Sebelum ini, Israel dilaporkan secara tidak rasmi cuba mempertingkatkan hubungan diplomatik mereka pada 2012. Tahun lalu, Netanyahu sekali lagi menggesa Indonesia untuk menormalkan hubungan diplomatik antara mereka.
Bagaimanapun Kerajaan Indonesia berkata akan berbuat demikian hanya apabila rakyat Palestin diberikan sebuah negara merdeka. – The Reporter
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment