Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jejambat Jalan Bukit Ubi, Kuantan dijangka siap 2 April ini – buka kepada pengguna sebulan kemudian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jejambat Jalan Bukit Ubi, Kuantan dijangka siap 2 April ini – buka kepada pengguna sebulan kemudian

Penduduk sekitar Kuantan tidak lama lagi akan berasa lebih lega dengan kesesakan trafik yang berlaku sekarang di tengah bandar apabila projek jejambat Jalan Bukit Ubi dijangka siap 2 April ini. Sehingga masa ini, projek yang memakan belanja RM40 juta ini secara fizikalnya sudah siap 91.19 peratus.

Apabila siap nanti, jejambat ini akan memberi impak positif kepada lebih 100,000 penduduk sekitar kerana ia akan menjadi laluan tambahan kepada jalan sedia ada iaitu Jalan Bukit Ubi, Persimpangan Jalan Lim Hoe Lek – Jalan Bukit Ubi dan juga Persimpangan Jalan Bukit Ubi – Jalan Haji Juned.

Jejambat Bukit Ubi adalah sebuah laluan bertingkat berukuran 650 meter, dan mempunyai empat lorong  dua hala, iaitu dua lorong keluar dan dua lorong masuk, lengkap dengan lampu jalan dan lampu isyarat. Jalan dan persimpangan yang ada berhampiran jejambat ini juga dinaik taraf.

“Peratus kelewatan projek ini adalah minimal, iaitu hanya 1.31 peratus, dan ini bukanlah datang daripada kontraktror. Ia dijangka siap pada 2 April 2017 dan selepas itu, kami akan menjalankan sesi audit, yang boleh mengambil masa sehingga satu bulan untuk memastikan segalanya mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak,” kata menteri kerja raya, Datuk Seri Fadillah Yusof semasa melawat tapak projek hari ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mfDxPR

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.