Hi! Welcome Back and Stay Tune! SSTMI intai kejuaraan ke-4 ragbi Premier 7s MCKK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SSTMI intai kejuaraan ke-4 ragbi Premier 7s MCKK

PASUKAN ragbi SSTMI yang akan berentap di MCKK tahun ini. – Foto ihsan SSTMI

KUALA KANGSAR: Juara bertahan, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor kembali dengan misi mempertahankan gelaran juara Kejohanan Ragbi Premier 7 Sepasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), musim ini.

Kejohanan yang berlangsung di padang sekolah elit selama tiga hari itu akan membuka tirai esok (Jumaat), sekali gus menjadi medan buat SSTMI melebarkan sayap selaku pasukan pilihan.

Jurulatih SSTMI, Syed Shazril Syed Mahadzir, berkata tahun ini pasukan dari Johor itu turun dengan matlamat mempertahankan kejuaraan sekali gus merangkul Trofi NJ Ryan selain mencipta kemenangan keempat buat SSTMI.

“Kita akan cuba sehabis baik kali ini untuk mengekalkan kejuaraan yang dicipta tahun lalu dan cipta kemenangan keempat, tapi saya tidak mahu memandang pasukan lain sebelah mata kerana kebanyakan yang bertanding adalah juara-juara sekolah peringkat negeri.

“Ragbi ini sukar dijangka, tidak menentu, jadi saya tidak mahu memandang mudah kerana saya pasti masing-masing ada strategi dan impian untuk menang,” kata Syed Shazril yang juga bekas jurulatih pasukan ragbi kebangsaan 7s bawah 20 tahun (B-20) kepada BH Sukan.

Mengulas mengenai kemunculan empat pasukan antarabangsa dalam kejohanan berprestij berkenaan, pengendali ‘SSTMI Tsunami’ itu berkata ancaman terbesar buat pasukannya adalah naib juara tahun lalu, Sekolah Sukan Hong Kong (HKSS).

Bagaimanapun Syed Shazril menjelaskan pasukannya tidak mempunyai masalah untuk memberikan tentangan memandangkan mempunyai pemain berpengalaman malah sudah melakukan persiapan awal.

SSTMI yang pernah tiga kali bergelar juara di kejohanan itu iaitu pada 2011, 2012 dan 2016 akan memulakan perlawanan peringkat kumpulan A bertemu Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), pada pagi Sabtu ini.

Dua lagi pasukan yang turut berada dalam kumpulan sama adalah Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan SMK King George V (KGV).

Untuk rekod, kejohanan tahun ini menyaksikan penampilan sulung pasukan negara negara jiran, SMA Durunnajah Indonesia (SMAD), juara 2015, Sekolah Sukan Hong Kong (HKSS) serta dua lagi pasukan antarabangsa, Vajiravudh College Thailand (VC) dan Sekolah Antarabangsa Australia dari Singapura (AIS).

Selain SSTMI dari Johor, turut menjadi pencabar adalah 19 wakil sekolah tempatan dari seluruh negara, menjadikan 24 buah pasukan secara keseluruhan mengambil bahagian.

Kumpulan
A (SSTMI, SAS, SMSS, KGV),

Kumpulan B (HKSS, SCKK, SDAR, SMK Abi),

Kumpulan C (SMAD, MCKK, INTEK, SHOAW),

Kumpulan D (SMSM, SAINA, SESMA, STAR),

Kumpulan E (SMYP1, INTEGOM, VC, KEVII),

Kumpulan F (SEMASHUR, EC, AIS, VI)


Jadual perlawanan (Jumaat):-


Kumpulan A
SAS mln KGV 4.00 ptg

Kumpulan B
SCKK mln SMK Abi, 4.18 ptg

Kumpulan C
MCKK mln SHOAW, 4.36 ptg

Kumpulan D
SAINA mln STAR, 4.54 ptg

Kumpulan E 
INTEGOM mln KEVII, 5.12 ptg

Kumpulan F
EC mln VI, 5.30 ptg

*Nota: Semua perlawanan berlangsung di MCKK


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyh4hb

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.