Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembunuhan Jong Nam: Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tidak Ke Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembunuhan Jong Nam: Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tidak Ke Korea Utara

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihati rakyat Malaysia agar tidak ke Korea Utara buat masa ini berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

“Saya sarankan rakyat Malaysia jangan pergi ke sana (Korea Utara), sebab kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku di sana.

“Kita tidak tahu, apa-apa saja boleh berlaku sebab negara ini negara yang tidak boleh dijangka, mereka boleh buat apa sahaja di luar jangkaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2017, di sini hari ini.

BACA: Infografik: Siapa Kim Jong-Nam?

BACA: Tiada kerjasama langsung dari pihak kedutaan Korea Utara – KPN

Bagaimanapun katanya kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu tidak menjejaskan kemasukan pelawat Korea Utara ke Malaysia.

Mohamed Nazri berkata kebanyakan pelancong Korea Utara terdiri daripada pegawai-pegawai negara itu yang masuk ke Malaysia atas urusan rasmi.

“Rakyat mereka tidak dibenarkan untuk keluar dari negara mereka, apatah lagi ke Malaysia….jadi memang tidak terjejas pun kemasukan mereka ke negara kita,” katanya.

Mohamed Nazri turut berpendapat Korea Utara tidak boleh bersikap terburu-buru dalam mengendalikan kes pembunuhan melibatkan warganegaranya di negara ini.

“Kita ada undang-undang, mereka tidak boleh buat sesuka hati mereka dan mesti patuhi undang-undang antarabangsa.

“Kami tidak akan serahkan mayat selagi proses bedah siasat belum selesai. Jangan paksa kami,” katanya.

Pada 13 Feb lalu, Kim Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau yang dilaporkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya serta dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Feb lalu.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mggvIO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.