Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kekebalan diplomatik bukan alasan tidak bantu siasatan – Khalid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kekebalan diplomatik bukan alasan tidak bantu siasatan – Khalid

KUALA LUMPUR: Kekebalan diplomatik bukanlah alasan kepada Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang Song, 44, untuk tidak tampil membantu siasatan pembunuhan Kim Jong Nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, Kwang Song dan pekerja syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk Il, 37 diminta tampil untuk membantu siasatan meskipun salah seorang daripada mereka mempunyai imuniti politik.

Tambah Khalid, jika benar mereka tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut, mereka sepatutnya tampil membantu siasatan tanpa berselindung.

“Dia (Kwang Song) mempunyai kekebalan diplomatik tetapi kita akan membuat siasatan mengikut protokol undang-undang antarabangsa.

“Manakala pekerja syarikat penerbangan itu (Uk Il) pula tidak mempunyai kekebalan diplomatik dan kami akan mengeluarkan waran tangkap jika dia gagal memberikan kerjasama.

“Jadi jika anda tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan, anda tidak perlu takut. Anda sepatutnya bekerjasama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini hari ini.

BACA: Korea Utara dakwa PDRM sembunyi sesuatu

BACA: Pembunuhan Jong Nam: Polis tidak pasti dakwaan dua suspek bersembunyi di kedutaan – Khalid

Beliau berkata, pihaknya yakin maklumat daripada kedua-dua suspek amat penting dalam menyelesaikan kes berkenaan.

“Kita akan mendapatkan bantuan Wisma Putra serta saluran mengikut protokol undang-undang antarabangsa dalam mendapatkan maklumat dari setiausaha terbabit,” katanya.

Tegas Khalid, Malaysia turut memohon empat lagi warga Korea Utara yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Kim Jong Nam dan meninggalkan negara disenaraihitamkan pasukan Polis Antarabangsa (INTERPOL).

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mfkzZQ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.