Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat PM Israel Dilarang Lalu Ruang Udara Indonesia, Terpaksa Melencong Jauh Untuk Ke Australia Dari Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat PM Israel Dilarang Lalu Ruang Udara Indonesia, Terpaksa Melencong Jauh Untuk Ke Australia Dari Singapura

SYDNEY: Pesawat yang dinaiki Perdana Menteri Israel untuk ke Australia daripada Singapura terpaksa menempuh perjalanan jauh selepas dilarang memasuki ruang udara wilayah Indonesia, lapor BBC Indonesia.

Perkara ini telah didedahkan oleh portal penjejakan penerbangan terkenal FlightAware, yang menunjukkan pesawat rasmi El Al, syarikat udara milik kerajaan Israel terlewat daripada jadual normal.

Kerana lencongan ini, penerbangan yang membawa Benjamin Netanyahu itu sepatutnya mengambil masa hanya lapan jam 30 minit itu telah bertukar menjadi lebih 11 jam.

Pemimpin rejim Zionis itu akhirnya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith Sydney pada Rabu, sekitar pukul 6.30 pagi waktu tempatan, untuk melakukan program kunjungan rasmi selama empat hari.

Sementara itu, memetik laporan akhbar The Guardian, seorang anggota delegasi Netanyahu mengesahkan laluan perjalanan mereka, terlambat kerana menghindari ruang udara Indonesia malah terpaksa melalui jarak jauh melintasi negara lain.

Indonesia yang merupakan sebuah negara ramai umat Islam di dunia sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat kemerdekaan dan hak kedaulatan daripada pendudukan haram rejim Israel sejak 1948.

Republik terbesar di rantau Asia tenggara itu juga tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel bersama-sama jirannya, Malaysia dan Brunei selain 20 buah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lain.

Pada Mac tahun lalu, Netanyahu telah menyeru agar Jakarta mewujudkan jalinan diplomatik dengan Tel Aviv kerana dengan kerjasama itu mereka dapat mewujudkan banyak peluang untuk kerjasama dua hala, terutama dalam bidang teknologi dapat diteroka oleh kedua-dua negara itu namun ditolak. – Siakapkeli.my

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lsV7kQ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.