Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerugian Forex Antara Punca Untung Pracukai Axiata Susut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerugian Forex Antara Punca Untung Pracukai Axiata Susut

KUALA LUMPUR: Pada 2016, Axiata berkata pelaburan perbelanjaan modal (capex) sebagai peneraju data, khususnya di Malaysia, Indonesia dan Bangladesh menyebabkan penyusutan dan pelunasan aset (D&A) lebih tinggi iaitu sebanyak RM1.5 bilion berbanding 2015, termasuk susut nilai ketara sebanyak RM600 juta.

“Pelaburan dalam portfolio usaha sama digital/Internet kumpulan juga membawa kepada kerugian beberapa syarikat permulaan pada 2016,” katanya

Menurut Axiata, pasaran di Asia Selatan terus mencatat prestasi lebih kukuh.

Syarikat Dialog di Sri Lanka misalnya mengekalkan kecemerlangan pada tahun itu, membabitkan semua unit perniagaan dan beroperasi sebagai peneraju pasaran negara berkenaan biarpun berdepan keadaan pasaran yang mencabar.

Ia turut mencatat pertumbuhan hasil sebanyak 17.3 peratus.

Selain itu, peneraju pasaran Nepal, Ncell mencatat prestasi lebih baik daripada jangkaan sasaran pengambilalihan dengan pertumbuhan hasil data lebih tinggi iaitu pada kadar 2.4 peratus.

Perolehan data juga meningkat sebanyak 70.3 peratus dengan sumbangan data sebanyak 15.9 peratus daripada keseluruhan hasil Ncell, kata Axiata.

Sementara itu, kumpulan itu berkata Axiata Digital Services Sdn Bhd terus mencatat pertumbuhan strategik bagi portfolio aset digitalnya menerusi pelancaran perkhidmatan serta usaha sama, termasuk melabur dalam 30 syarikat digital yang terbabit dalam kewangan, perdagangan, pengiklanan dan ‘pemboleh ubah’ mudah alih.

Pada 2016, syarikat itu berjaya memperoleh wang menerusi langkah tawaran peruntukan persendirian.

Mengulas prospek masa depan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata bagi 2017, cabaran dalam bentuk persaingan sengit, cukai serta pengawalseliaan kekal ada bagi kumpulan itu.

Ini membabitkan syarikat operasinya, khususnya di Malaysia, Singapura dan India dengan peningkatan capex memberi kesan terhadap prestasi keseluruhan serta keuntungannya.

“Kami berharap kelemahan tukaran asing dan faktor makroekonomi global yang memberi kesan terhadap keuntungan kumpulan bagi tahun kewangan 2016, akan mulai stabil pada 2017.

“Pada masa sama, kami juga komited untuk menjadikan 2017 sebagai antara tahun terbaik (kumpulan ini). Kami menyasarkan untuk mencatat prestasi lebih baik, terutamanya di Celcom dan XL Axiata Tbk Indonesia menerusi perubahan perniagaan dan organisasi yang dilakukan baru-baru ini,” katanya.

Di Asia Selatan, tanpa mengambil kira perubahan kawal selia, Axiata juga yakin terhadap kemampuan syarikat operasinya meneruskan momentum kecemerlangan prestasi, khususnya bagi tempoh selepas penggabungan Robi dan Ncell, katanya.

“Axiata akan meneruskan pelaburan sejajar usaha transformasinya sebagai sebuah syarikat digital. Kami berharap dapat menyaksikan lebih banyak peningkatan dalam sebahagian besar pasaran kami,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyUkNH

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.