Hi! Welcome Back and Stay Tune! PDRM Ikut Protokol Antarabangsa – Khalid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PDRM Ikut Protokol Antarabangsa – Khalid

Spread the love

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mematuhi protokol antarabangsa untuk mendapatkan kerjasama Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menghantar permohonan melalui Kementerian Luar (Wisma Putra) untuk diserahkan kepada Kedutaaan Korea Utara, memandangkan Kwang-Song, 44, memiliki imuniti diplomat.

“Beliau (Kwang-song) mempunyai imuniti, sebab itu saya cakap kami akan ikut protokol antarabangsa kerana ia melibatkan pegawai kanan kerajaan luar negara.

“Perkara ini merupakan sebahagian daripada siasatan kami dan polis mempunyai cara tersendiri untuk menyiasat kes ini berdasarkan protokol antarabangsa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Khalid dalam sidang medianya semalam mengesahkan Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara itu sebagai seorang daripada dua individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.

Seorang lagi yang dicari polis ialah pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Koryo Air), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, dan kedua-dua mereka dipercayai masih berada di negara ini.

Khalid berkata memandangkan Uk-il tidak mempunyai sebarang imuniti, dia diminta tampil memberi keterangan sebelum waran tangkap dikeluarkan.

“Kami polis mempunyai cara sendiri dalam menyiasat kes berkenaan… kita tunggu dia datang kalau tidak akan proses (waran tangkap) untuk menahannya,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid menafikan laporan media antarabangsa yang mendakwa PDRM menghantar pasukan khas ke Macau untuk mendapatkan sampel DNA daripada waris mendiang Jong-nam, yang belum tampil menyerahkan sampel DNA atau membuat pengecaman mayatnya.

“Perkara ini tidak benar sama sekali… polis tidak menghantar mana-mana pasukan untuk dapatkan DNA daripada mana-mana pihak, mahupun menerima sampel DNA kerana siasatan masih diteruskan lagi,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lsGqyA

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.