Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Malaysia Tidak Digalak Ke Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Malaysia Tidak Digalak Ke Korea Utara

RAKYAT Malaysia dinasihatkan tidak mengunjungi Korea Utara atas faktor keselamatan. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak mengunjungi Korea Utara atas faktor keselamatan, berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam abang kepada pemimpin negara itu, Jong-un di negara ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan bimbang kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini.

“Korea Utara adalah sebuah yang sukar dijangka. Apa-apa saja berlaku. Jadi saya nasihat rakyat Malaysia jangan ke sana dan kita tak galakkan.

“Dari segi pelancongan, kejadian ini tidak menjejaskan kemasukan pelancong asing ke negara kita.

“Tidak ramai pelancong dari Korea Utara datang ke Malaysia kerana rakyat negara itu tidak dibenarkan keluar dari negara mereka.

“Keadaan ini, sememangnya tidak memberi kesan kepada kita kerana yang datang pun pegawai kerajaan mereka dan jumlahnya kecil.

“Malaysia sebuah negara yang bebas dan kita menerima sesiapa saja pelancong yang datang termasuk dari Korea Utara” katanya selepas Perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017.

Nazri berkata, Malaysia tidak mengenakan sebarang visa ke atas pelancong Korea Utara, tetapi rakyat negara ini perlu memohon visa untuk ke negara berkenaan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lsJydD

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.