Perairan K’tan Perlu Banyak Unjam Elak Kepupusan Ikan
Spread the love
PASIR PUTEH – Lebih banyak unjam perlu diletakkan terutamanya di zon lima batu nautika dari perairan Kelantan bagi mengelakkan kepupusan ikan.
Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan Mohd Zin Saad berkata setakat ini, terdapat 30 unjam di sepanjang perairan Kelantan namun ia masih belum mencukupi.
“Pembinaan unjam akan memberi peluang kepada pelbagai spesies ikan untuk membiak, sekaligus menambahkan sumber dari hasil laut untuk jangka masa panjang.
“Secara tidak langsung usaha itu juga memberi peluang kepada nelayan tradisional untuk menambah pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Unjam/Tukun Tiruan di Jeti Pengkalan Pak Da Mat Tok Bali di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria.
Sementara itu Ketua Sukarelawan Perikanan (SUPER) Jajahan Pasir Puteh Zahari Samat berkata lebih 100 nelayan di jajahan itu bergotong-royong bagi membina 38 unjam baharu menggunakan tayar, simen dan dahan pokok gelam.
Beliau berkata tayar-tayar berkenaan diikat pada ketulan simen manakala dahan pokok berkenaan pula diikat dengan batang buluh supaya ia terapung-apung di laut.
“Unjam-unjam itu akan dipasang kira-kira 5.7 batu nautika dari Pantai Tok Bali untuk pembiakan pelbagai spesies ikan terutama kembung, kerapu, sotong, selar, cencaru dan jenahak dalam tempoh tiga bulan dari sekarang,” katanya. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment