Kesemua Spesifikasi Samsung Galaxy S8 Dan S8+ Yang Perlu Anda Tahu
Seperti yang kita telah tahu bahawa Samsung Galaxy S8 tidak akan diperkenalkan pada MWC2017 yang akan berlansung dalam beberapa hari lagi. Namu, Samsung telah memilih penghujung bulan March ini untuk pelancaran peranti premium tersebut.
Kita juga telah tahu bahawa Samsung Galaxy S8 akan hadir dalam dua variasi iaitu S8 dan S8+ di mana model S8+ hadir dengan skrin bersaiz 6.2 inci dengan skrin lengkung manakala model S8 yang biasa hadir dengan 5.8 inci. Kedua-duanya hadir dengan resolusi Quad-HD atau 1440 x 2560 pixel. Perbezaan S8 dan S8+ juga boleh dilihat pada kameranya dimana model S8+ hadir dengan Dual Kamera 12MP manakala S8 dimuatkan dengan kamera tunggal 12MP di bahagian belakang.
Terbaru EVLeaks telah nembongkar di laman Twitternya dengan mendedahkan spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy S8+. Daripada gambar yang tertiris ternyata desas-desus mengenai spesifikisi Samsung Galaxy S8 dan S8+ sebelum ini adalah benar.
Namun beberapa spesifikasi penting tidak dinyatakan didalam Specs Sheet tersebut termasuk penggunaan pemproses CPU, kapasiti bateri dan sebagainya. Mengenai perkara tersebut, Galaxy S8 sebelum ini dijangka akan hadir bersama pemproses Snapdragon 635. Namun beberapa negara akan menerima pemproses Exynos 9.
Samsung Galaxy S8+ dijangka akan diperkenalkan pada 29 March ini bersama-sama model Galaxy S8.
The post Kesemua Spesifikasi Samsung Galaxy S8 Dan S8+ Yang Perlu Anda Tahu appeared first on Mesra Mobile.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lrVLiU✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment