Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Twitter Back-up Lelaki Pemungut Sampah Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Twitter Back-up Lelaki Pemungut Sampah Ini

Spread the love

SEJAK semalam, gambar seorang lelaki yang santai tertidur di atas sebuah lori sampah mula menjadi perhatian ramai apabila ia dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

Namun tindakan pengguna Twitter terbabit yang menggunakan kapsyen humor seolah-olah menghina individu berkenaan mendapat kritikan hebat dari netizen.

Seorang lelaki yang tahu tempatnya,” tulis pengguna Twitter berkenaan yang menggunakan nama @ReefliweSA.

Beberapa jam selepas itu, pengguna Twitter mula tampil mengkritik kapsyen yang dimuat naik individu berkenaan sebagai disifatkan tidak sensitif.

Ia kemudianya menjadi lebih ‘panas’ apabila seorang pengguna Twitter @Zane, membalas twit itu dengan mengatakan;

Lelaki yang bekerja keras ini bangun awal setiap pagi untuk melakukan kerja paling tidak disukai orang ramai demi beri makan kepada keluarganya dan sekarang, kamu ingin menghina dia?” balas Zane.

Twit Zane itu mendapat lebih 110,000 retweet dalam masa tidak sampai sehari ia dimuat naik. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi gambar pemungut sampah itu diambil.

Rata-rata pengguna Twitter yang lain turut bersetuju dengan Zane dan menyifatkan pemuat naik gambar itu sebagai tidak sopan.

Tiada siapa yang mahu kerja ini dan dia lakukan untuk dapatkan duit. Dia boleh tidur jika dia mahu. Saya bersetuju ianya lawak yang kurang ajar.” tulis Cerri.

Ayat yang bagus Zane. Kita tidak boleh buat lawak seperti itu, terdapat banyak cara lain untuk membuat lawak yang sama tetapi dengan lebih sopan” tulis Jemias.

Bagaimanapun, ada juga yang mengatakan humor berkenaan tidak ditujukan kepada pemugut sampah itu, sebaliknya sebagai simbolik untuk ditujukan kepada lelaki yang tidak bertanggungjawab di seluruh dunia.

Zane, kamu tidak faham lawak itu. Ia bermaksud bahawa ‘lelaki’ adalah sampah.” kata Dina. –MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lOpTpn

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.