Gambar Press Render Dan Spesifikasi Awal Huawei P10 Dan P10 Plus
Untuk model kali ini, Huawei P10 dikatakan hadir dengan dua variasi iaitu Huawei P10 dan juga P10 Plus. Bezanya hanya dapat dilihat pada skrinnya sahaja dimana model P10 hadir dengan skrin 5.2 inci manakala model P10 Plus pula hadir dengan 5.5 inci dengan skrin lengkung dibahagian kedua-dua sisinya. Kedua-dua model ini juga hadir dengan resolusi Quad-HD dan juga lapisan Gorilla Glass.
Bedasarkan gambar render yang tertiris, Huawei P10 akan hadir dalam pilihan warna kelabu, bezel skrinnya juga cukup nipis dengan pengimbas cap jari dibahagian bawah. Di bahagian belakang jelas kelihatan Dual-Lensa dengan teknologi Leica. Kedua-dua kamera belakangnya menggunakan lensa 12 Megapixel, F1.7 dengan fungsi PDAF dan juga Dual-LED Flash. Di bahagian hadapan pula, peranti ini bakal membawakan lensa 8 Megapixel untuk selfie.
Bedasarkan desas-desus sebelum ini, Huawei P10 akan dikuasai dengan pemproses HiSilicon Kirin 960 dengan kemampuan CPU 8-Teras. Peranti ini turut menyediakan sehingga 6 GB RAM dan memori dalaman sehingga 128 GB. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Huawei P10 termasuk USB Type-C, NFC, Platform terbaru Android 7.0 Nougat dan sokongan dual SIM.
Huawei P10 dan P10 Plus akan dilancarkan pada 26 Febuari ini di MWC2017. Segala maklumat mengenai spesifikasi lengkap, tarikh jualan serta harga Huawei P10 akan diketahui pada hari tersebut.
Sumber : EVLeaks
The post Gambar Press Render Dan Spesifikasi Awal Huawei P10 Dan P10 Plus appeared first on Mesra Mobile.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lIl0xN✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment