Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kebakaran Besar Di Loji Sisa Kimia Singapura, Tiada Kemalangan Jiwa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kebakaran Besar Di Loji Sisa Kimia Singapura, Tiada Kemalangan Jiwa

SINGAPURA: Seramai 200 anggota Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengambil masa empat jam untuk memadamkan kebakaran besar melibatkan sebuah loji pengurusan sisa kimia dan bahan mudah terbakar di Tuas pagi ini.

SCDF menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.15 pagi yang melaporkan tentang kebakaran di premis Eco Special Waste Management, lapor portal berita Channel News Asia.

Pada jam 8.40 pagi sewaktu anggota SCDF tiba di tempat kejadian, api sedang marak.

“Beberapa letupan kuat juga didengari ketika anggota pasukan pemadam api cuba memadamkan kebakaran. Anggota SCDF juga menggunakan semburan buih untuk mengekang api,” ujarnya.

Sementara itu, susur masa di media sosial penuh dengan rakaman foto dan video amatur menunjukkan kepulan asap hitam serta keadaan api yang marak.

Mereka yang berada di tempat kejadian mengadu menghidu bau kimia di sekitar tapak kejadian, dan difahamkan seorang anggota SCDF turut digegaskan ke hospital kerana mengalamai kesesakan nafas.

Menjelang jam 11.20 pagi, api berjaya dikawal, dan dianggarkan separuh daripada premis musnah.

Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Loji milik Eco Special Waste Management pernah mengalami masalah sama pada Mei 2012 namun api hanya and dapat dipadamkan dalam masa 30 minit.

Syarikat tersebut tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lb8V0R

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.