Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kementerian Kerja Raya sedang uji sistem ‘weigh-in-motion’ untuk banteras kenderaan lebih muatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kementerian Kerja Raya sedang uji sistem ‘weigh-in-motion’ untuk banteras kenderaan lebih muatan

Semasa melakukan lawatan tapak projek jejambat Jalan Bukit Ubi, Kuantan, menteri kerja raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu bahawa kementeriannya sedang menguji satu sistem baru bernama ‘weigh-in-motion‘ (WIM) yang bertujuan mengesan kenderaan lebih muatan, seterusnya menghindarkan mereka daripada meneruskan perjalanan.

Beza antara WIM ini dan stesen timbang berat yang digunakan sekarang adalah ia dapat mengesan berat sesuatu kenderaan meskipun waktu sedang bergerak, seterusnya tidak akan memberi kesan kepada lalu lintas dan pergerakan kenderaan lain.

Menurut Fadillah lagi, langkah menghalang kenderaan lebih muatan ini adalah penting bagi melindungi infrastruktur yang telah dibina dan mengelakkan sebarang bencana berlaku. Paling dirisaukan adalah jejambat dan struktur yang sudah wujud untuk tempoh yang lama.

“Untuk sistem ini, kami bekerja sama dengan pelbagai agensi termasuk kementerian pengangkutan (MOT) dan ia akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selain itu, kami juga akan mencadangkan penggunaan sistem ini kepada syarikat konsesi lebuh raya,” tambah Fadillah.

WIM sudah banyak digunakan di negara lain termasuk Eropah dan Amerika Syarikat, dan ia bukan setakat untuk jalan raya biasa, malah juga digunakan untuk keretapi dan juga kapal terbang.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lc6U4E

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.