Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan kacau politik Johor – Sultan Ibrahim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan kacau politik Johor – Sultan Ibrahim

MUAR: Pemimpin politik luar Johor diingatkan untuk tidak mengelirukan atau memecah-belah perpaduan bangsa Johor dengan cuba masuk campur urusan politik negeri itu, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda bertitah, rakyat negeri Johor telah menikmati hidup yang selesa dan ‘orang politik’ luar tidak perlu berlagak pandai atau mengajar apa yang negeri Johor patut lakukan.

Baginda bertitah, ini dibuktikan  dengan  pembangunan dan kemajuan yang dicapai negeri itu sekarang.

Sebagai contoh, jika dilihat 10 atau 20 tahun sebelum ini, kerajaan negeri pernah ketandusan wang untuk melunaskan gaji kakitangan, namun kini, lebihan hasil kerajaan negeri mencecah berbilion ringgit.

Justeru baginda percaya rakyat negeri Johor tidak akan mudah terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang sengaja menakutkan rakyat dengan cerita dongeng yang direka.

“Suka saya ingatkan kepada orang politik di luar Johor supaya jangan masuk campur dalam urusan di negeri ini, dan jangan cuba untuk mengelirukan rakyat saya atau memecah-belahkan perpaduan Bangsa Johor.

“Rakyat di negeri Johor telah menikmati hidup yang selesa, aman dan damai, sehingga ke hari ini.  Orang luar tidak perlu hendak tunjuk pandai atau mengajar apa yang patut dibuat,” titahnya.

Tambah baginda, rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang cuba menakut-nakutkan rakyat  dengan cerita-cerita dongeng yang direka-reka.

“Mungkin orang luar ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu. Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa,  namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong, pada Khamis.

Turut berangkat dalam majlis berkenaan, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyc8IY

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.