Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPBM Mahu Jalin 'pakatan Pilihan Raya' Dengan Pas – Mukhriz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPBM Mahu Jalin 'pakatan Pilihan Raya' Dengan Pas – Mukhriz

PORT DICKSON: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PPBM akan berusaha untuk berunding dengan PAS bagi merintis satu “pakatan pilihan raya”.

“Mahu tak mahu kami (PPBM) terpaksa ada (pilih) satu tarikh untuk memuktamadkan adakah kami boleh atau tidak jalin kerjasama dengan PAS walaupun dalam bentuk “electoral pact’ (pakatan pilihan raya)”, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

BACA: Mukhriz: PAS-PPBM sepakat tumpu strategi tawan kerusi luar bandar

BACA: Apa pendirian Mukhriz bila Tun M tolak kerjasama dengan Pas?

Mukhriz berada di sini bagi menghadiri program pemukiman PPBM selama empat hari bermula Isnin lepas yang turut dihadiri semua pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi ia menjalin hubungan dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata pada PRU14, PPBM akan menumpukan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lIREiW

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.