Hi! Welcome Back and Stay Tune! Budapest tarik diri bida Olimpik 2024 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Budapest tarik diri bida Olimpik 2024

Monumen Olimpik di Coliseum Memorial Los Angeles, California. – Foto AFP

BUDAPEST: Bandaraya Budapest, Hungary semalam menjadi bandar pertama meninggalkan perlumbaan menganjurkan Sukan Olimpik 2024 selepas petisyen bagi mendapatkan tandatangan untuk membentuk pungutan suara (referendum) berjaya diperoleh.

“Oleh kerana perpaduan yang diperlukan di Budapest sudah tiada, bidaan untuk ini sudah hilang peluangnya,” kata Perdana Menteri, Viktor Orban menerusi satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya.

“Ini adalah sebab mengapa kerajaan Hungary membuat usul untuk menarik diri sebagai calon Sukan Olimpik 2024 dan Sukan Paralimpik di Budapest.”

Penarikan diri ibu negara Hungery itu meninggalkan pertembungan satu lawan satu bagi menganjurkan kejohanan terbesar dunia itu antara Paris, Perancis dan Los Angeles, Amerika Syarikat.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dijadualkan untuk mendedahkan pemenang bagi bidaan itu pada 13 September ini.

Hamburg, Jerman mengikuti referendum manakala Rom, Itali menarik diri daripada bertanding untuk menganjurkan Olimpik 2020 yang dimenangi Tokyo, Jepun dengan kedua-duanya menjadikan kebimbangan isu kewangan sebagai punca.

“Budapest akan meminta secara rasmi kepada majlis bandar untuk menarik pencalonan Hungary dalam persetujuan bersama pihak kerajaan,” kata Tarlos memetik kenyataannya kepada agensi berita, MTI.

Bidaan Hungary memperoleh tamparan besar selepas sekumpulan aktivis muda mengumpul lebih suku juta tandatangan penduduk di Budapest dalam tempoh sebulan untuk mengadakan referendum.

Gerakan Momentum Movement (MoMo) berjaya mengumpulkan 266,000 tandatangan, satu kali ganda lebih banyak bagi membentuk pungutan suara.

“Saya meminta maaf kerana melihat impian ini lebur,” kata Ketua Jawatankuasa Olimpik Hungary, Zsolt Borkai, semalam. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mey2AL

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.