Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kasut PUMA Ini Mula Dicari Orang Ramai Selepas Ditayang Oleh The Weeknd - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kasut PUMA Ini Mula Dicari Orang Ramai Selepas Ditayang Oleh The Weeknd

Penyanyi lagu Starboy, The Weeknd, bersama kasut PUMA IGNITE Limitless

Mahu menggayakan kasut popular seperti yang dipakai oleh selebriti-selebriti terkenal? Kasut PUMA IGNITE Limitless mungkin adalah kasut sneakers yang sempurna untuk itu.

Apabila kasut keluaran PUMA tersebut mula ditayangkan oleh penyanyi lagu popular, The Weeknd, menerusi satu video promosi, orang ramai mula tercari-cari untuk mendapatkan kasut yang sama.

Kasut PUMA IGNITE Limitless itu dipakai oleh penyanyi dan penulis lagu popular tersebut menerusi satu video berjudul “The Weeknd Runs the Streets” yang baru sahaja dikeluarkan baru-baru ini.

Video itu dicipta berdasarkan tema kasut tersebut, iaitu kasut sneakers jalanan yang sesuai bagi mereka yang suka bergaya dan sukan jalanan.

Data dari Google mendapati kasut itu mula menjadi buruan ramai apabila carian terhadap kasut terbabit mencapai 100 mata setelah video terbabit dikeluarkan baru-baru ini.

Data dari Google Trends memaparkan kasut itu mendapat carian tinggi di Google.
Tiga warna PUMA IGNITE Limitless

Terdapat tiga warna yang dikeluarkan dalam siri PUMA IGNITE Limitless tetapi warna hitam menjadi yang paling popular kerana ia juga merupakan warna yang digemari selebriti-selebriti lain termasuk pemain bola, Olivier Giroud.

Menurut laman Facebook Puma Malaysia, kasut itu baru sahaja tiba ke Malaysia dan dijual pada harga RM599.

Setakat ini, kasut PUMA IGNITE Limitless boleh didapati di kedai-kedai PUMA di Pavilion, KLCC, NU Sentral, The Gardens, Bangsar, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Bandaraya Melaka, Gurney Paragon, Queensbay, Komtar JBCC, Genting, Palm Mall, Putra Mall), Al-Ikhsan (15 kedai terpilih), Royal Sporting House (Stadium Pavilion, Stadium Pavilion & 1 Utama), LEA Sports (CityOne Megamall Kuching, Sarawak Plaza), Original Classic (Setia City Mall), Life Habitat S/B (Prai) dan Jade Eservices Malaysia Sdn Bhd, Sunlight & M Corporate.

Adakah kasut PUMA IGNITE Limiteless ini akan mencetuskan trend kasut terbaru? Boleh lihat gambar-gambar PUMA IGNITE boleh layari http://ift.tt/2lc6VWg Google sahaja PUMA IGNITE Limitless.

Artikel ini dibawa oleh PUMA Malaysia

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2maXvP2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.