Hi! Welcome Back and Stay Tune! TM, UMLand J-Biotech Meterai Perjanjian Kerjasama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TM, UMLand J-Biotech Meterai Perjanjian Kerjasama

Spread the love

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) dan UMLand J-Biotech Park Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama untuk penyediaan infrastruktur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan UniFi TM.

Dalam satu kenyataan hari ini, TM berkata, perjanjian itu ada hubungan dengan Penyelesaian Perniagaan Bersepadu di Taman Halal Johor (THJ) di Pasir Gudang.

“Di bawah perjanjian ini, pembeli hartanah serta penyewa taman perindustrian itu akan menikmati sambungan berkelajuan tinggi segera dan pengalaman digital canggih apabila mereka berpindah masuk ke premis mereka.

“Ia adalah perjanjian kerjasama pertama antara TM dan UMLand J-Biotech Park dalam membantu membangunkan THJ, iaitu taman perindustrian pintar kelas dunia dan taman perindustian bio-Halal premium pertama di Malaysia,” katanya.

Taman UMLand J-Biotech adalah usaha sama antara kerajaan negeri Johor melalui Johor Biotechnology & Biodiversity Corp dan United Malayan Land Bhd.

Naib Presiden TM Johor, Azhar Omar berkata, kerjasama itu akan memberi peluang kepada TM menunjukkan kebolehannya dalam perkhidmatan komunikasi bertumpu serta penyelesaian bagi memenuhi keperluan perniagaan.

“Kami gembira dengan kerjasama ini di mana JHP telah memilih TM sebagai rakan kongsi bagi penggunaan telekomunikasi dan maklumat serta penyelesaian teknologi komunikasi di pembangunan masa depannya,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lIOfAL

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.