Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tumpu Projek Boleh Disiap Segera Untuk Manfaat Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tumpu Projek Boleh Disiap Segera Untuk Manfaat Rakyat

Spread the love

KUCHING – Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tahun ini mengutamakan projek luar bandar yang boleh dilaksana dan disiapkan segera yang memberi manfaat kepada rakyat serta menyasarkan sifar ‘projek sakit’.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata projek-projek kecil dikenali “Touch Point Project” itu seperti jalan kampung, pemasangan lampu jalan dan membaik pulih rumah yang rosak.

“Apabila kerajaan mengumumkan sesuatu projek, harapan rakyat adalah ia dapat disiapkan dengan kadar segera… tiada gunanya kerajaan mengumumkan projek yang besar-besar tetapi pelaksanaannya mengambil masa yang terlalu lama,” kata pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKLW Negeri Sarawak bagi Tahun 2016 di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata daripada RM5 bilion yang diperuntukkan untuk projek luar bandar pada tahun ini, 25 peratus masing-masing untuk Sarawak dan Sabah sementara 50 peratus lagi untuk keseluruhan negeri di Semenanjung.

Mengenai ‘projek sakit’ di Sarawak, beliau berkata 45 projek berkenaan berjaya disiapkan sepenuhnya sebelum pilihan raya negeri pada Mei tahun lalu.

“Setakat ini hanya dua sahaja ‘projek sakit’ masih dalam pelaksanaan di negeri ini iaitu projek bekalan air di Tapah dan Santubong berikutan masalah pengambilan tanah dan reka bentuk projek,” katanya.

Bagi mengelakkan berulangnya kes ‘projek sakit’ di Sarawak, Ismail Sabri berkata beliau telah mengarahkan semua pegawai yang bertanggungjawab agar membuat pemantauan secara berkala terhadap pelaksanaannya.

Katanya, satu pasukan petugas telah ditubuhkan untuk membuat pemantauan terhadap 30 projek yang sedang dilaksanakan di Sarawak dan perlu menyerahkan hasil laporan mereka kepada pihak kementerian setiap bulan.

Beliau berkata mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek akan disenaraihitamkan.

Katanya, kelewatan dan kegagalan pelaksanaan projek-projek berkenaan boleh menjejaskan reputasi dan sistem penyampaian kerajaan serta memberi kesan negatif kepada kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lb2z1P

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.