Tidak salah membeli kereta Honda, kalau kita orang berduit atau…
Bukan salah ‘Soichiro Honda’. Tidak salah membeli kereta Honda, kalau kita orang berduit atau berada.
Ada orang beli kereta kerana kerjaya, ini mendorong mereka untuk lebih kaya dan berjaya. Ada juga beli kereta besar kerana keluarga, mereka lebih gigih untuk berusaha dan berniaga.
Takkan semua nak salahkan Honda, kalau tuan punya sendiri yang tak berduit dan mengada-gada.
Sebut Honda ramai yang teruja, tak mampu lebih baik diam sahaja.
Sebelum memilih rumah atau kereta, perlu dapat bezakan liabiliti, aset ataupun harta. Kereta tak jana pendapatan memanglah liabiliti, buatlah keputusan ikut akal bukannya hati.
Jika Honda memang kereta idaman, tiada masalah kalau ‘duit lebat’ dalam simpanan. Tak salah juga membeli Honda atau kereta idaman, jika duit bulanan buat orang tua tak ‘miss’ dan ada dalam genggaman. Menjadi salah memiliki kereta idaman, jika duit kering kontang dalam simpanan.
Bila kunci rumah sendiri sudah ada dalam genggaman, barulah cantik menawan memandu kereta idaman.
Kenapa pula Honda yang dikutuk dan dikecam, tak ada duit janganlah berangan yang macam-macam.
Info gambar:
Sejak kebelakangan ini, semakin menjadi dan viral jenama kereta Honda dikatakan mengundang ke ‘neraka kewangan’.
Kesannya bukan sahaja ‘seller’ Honda kena tempias, bahkan mereka yang kerja di kilang Honda pun turut terpalit sama.
Persoalannya, masih banyak jenama kereta mewah lain. Namun, kenapa Honda yang jadi sasaran. Bukan semua pemilik Honda yang bermasalah kewangan. Pernah juga mengenali individu yang memiliki kereta tempatan turut mengalami masalah kewangan.
Jadi, masalah utama bukan pada jenama kereta itu. Tetapi, individu itu sendiri yang salah menguruskan kewangan.
Walaupun saya bukanlah pemilik kereta Honda, namun jenama Honda ini sedikit sebanyak mengamit memori lalu.
Pertama, kereta yang saya naiki dan menjemput saya semasa kali pertama menjejak kaki di bumi Sendai ini adalah kereta berjenama Honda (gambar bawah).
Honda Odyssey ini banyak berjasa khususnya buat adik-adik ‘undergraduate’ semenjak zaman senpai (senior) mereka sebelum ini.
Namun, akhirnya kereta Honda Odyssey ini terpaksa dihantar ke tempat pembuangan (shobun) kerana hampir tamat tempoh shaken (permit pemeriksaan kenderaan).
Di Jepun, umumnya harga kereta boleh dikatakan murah. Namun, untuk memiliki dan menggunakan kereta dikira agak tinggi. Sebagai contoh, untuk kos shaken sahaja dianggarkan 110,000-150,000 yen (RM4200-5700++). Shaken ini seperti pemeriksaan Puspakom di Malaysia dan perlu dibuat setiap 2 tahun sekali.
Kebetulan, ditambah lagi kecuaian memandu sehingga menyebabkan cermin belakang retak seribu. Akhirnya, keputusan perlu dibuat untuk dilupuskan kereta tersebut. Itulah gambar dan saat-saat terakhir nilai dan hayat kereta Honda tersebut.
Kedua, perihal Honda ini juga mengingatkan saya kata-kata pengasas Honda iaitu Soichiro Honda yang berkata:
“Kejayaan itu hanyalah 1% hasil daripada 99% kegagalan.”
Atas sebab itu, ada masanya saya turut berbangga apabila seseorang itu memiliki kereta mewah lebih-lebih lagi apabila mereka telah berjaya dan kaya.
Bagi saya, kereta itu hanyalah sedikit hasil kepuasan yang dicapai daripada segunung kegagalan yang pernah mereka tempuhi.
Apa salahnya jika ada orang beli sesebuah kereta kerana kerjaya, ini mendorong mereka untuk lebih kaya dan berjaya.
Begitu juga ada yang membeli kereta besar kerana keluarga, ini juga menjadi pemangkin buat mereka untuk lebih gigih berusaha dan berniaga.
Sudah pasti bukan salahnya ‘Soichiro Honda’, kalau tuan punya kereta sendiri yang tidak berduit dan mengada-gada.
Sekadar perkongsian dari kejauhan.
Sayonara! Sampai jumpa lagi.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mb8l7u✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment