Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berapakah Masa Diambil Untuk Sampai Ke Planet Yang Terletak 40 Tahun Cahaya Dari Bumi? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berapakah Masa Diambil Untuk Sampai Ke Planet Yang Terletak 40 Tahun Cahaya Dari Bumi?

Hari ini NASA mengumumkan mereka menemui tujuh eksoplanet seumpama bumi di sistem Trappist-1. Ketujuh-tujuh planet ini dipercayai mempunyai cecair yang membolehkannya menampung kehidupan. Menurut NASA lagi Trappist-1 terletak 39 tahun cahaya dari bumi. Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapa lamakah masa yang diambil untuk sampai ke planet-planet ini?

Apakah Itu “Tahun Cahaya”?

Tahun cahaya ialah terma yang sedikit mengelirukan. Walaupun mempunyai perkataan “tahun” ia bukanlah unit pengukur untuk waktu. Sebaliknya ia unik ukuran jarak perjalanan yang dilalui oleh cahaya di dalam vakum untuk tempoh satu tahun Julian. Ini bersamaan dengan 365.25 days.

Cahaya bergerak pada kelajuan C= 299 792 458 m/s

Ini bermakna;

1 tahun cahaya = 9 460 730 472 580 800 meter
≈ 9.461 Trillion kilometer
≈ 5.878625 Trillion batu
≈ 0.306601 parsecs

Dengan kata lain sekiranya anda bergerak pada kelajuan cahaya, jarak 9.461 Trillion kilometer ini akan mengambil masa setahun kehidupan anda. Malang sekali bagi umat manusia teknologi semasa masih belum mampu membolehkan manusia bergerak pada kelajuan hampir 300 Juta meter sesaat ini.

Apakah Objek Terpantas Yang Pernah Dihasilkan Manusia?

Objek terpantas yang pernah dihasilkan manusia ialah kapal penyelidikan Helios 2 (ganbar di atas) yang mencecah kelajuan maksimum 67,042 meter sesaat (241,350 kmj). Menggunakan maklumat yang kini kita ketahui.

39 Tahun Cahaya = 39 x 9 460 730 472 580 800 meter

≈ 369 Trillion Kilometer

Dengan menggunakan teknologi sedia ada dan melakukan andaian kelajuan ini dapat dikekalkan sepanjang perjalanan. Masa yang diambil untuk sampai ke Trappist-1 ialah

Masa perjalanan ≈ 369 Trillion Kilometer / 67,042 m/s

≈ 5 503 542 382 840 saat

≈ 6 369 840 hari

≈ 174,516 tahun

Jelaslah di sini dengan teknologi sedia adalah mustahil untuk manusia sampai ke Trappist-1. Bilakah kelajuan cahaya seperti di dalam fiksyen Star Trek dan Star Wars akan menjadi realiti? Ini persoalan yang menarik kerana mengikut teori relativiti khusus Albert Einstein, tiada objek fizikal boleh bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya di dalam vakum. Selepas mengetahui hakikat ini, mungkin anda sekarang menyedari mengapa Star Trek dan Star War jatuh ke dalam genra FIKSYEN sains.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ltdrdI



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.