Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zeti Aziz Sedia Beri Kerjasama Siasatan Kerugian Tukaran Asing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zeti Aziz Sedia Beri Kerjasama Siasatan Kerugian Tukaran Asing

KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sedia bekerjasama dalam siasatan kerugian tukaran asing bank pusat itu pada 1990-an.

Zeti berkata isu itu tidak pernah timbul sepanjang beliau memimpin bank pusat, dan Bank Negara mempunyai pengurusan risiko ketat dalam setiap urusan tanpa sebarang kompromi.

“Ia sesuatu yang berlaku lebih 30 tahun lalu. Ia kemahuan kepimpinan negara untuk siasat. Saya tidak boleh memberi komen sehingga siasatan selesai.

“Ia merupakan amalan setiap organisasi termasuk bank pusat untuk tidak memberi sebarang komen ketika wujud siasatan. Jika saya dipanggil sudah tentu saya akan bekerjasama.

“Dalam Bank Negara, kes ini sudah dilihat selepas gabenor baru mengambil alih, bank pusat telah mewujudkan sistem dan amalan terbaik dan ini berterusan supaya Bank Negara mempunyai dan masih mempunyai pengurusan risiko ketat dan struktur tadbir urus supaya ia tidak berulang.

“Sebagai organisasi kami ambil semua langkah yang wajar dan diperlukan dan Bank Negara utuh sehingga kini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran tujuh buku berkait kewangan islam oleh Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) di ibu negara.

Kabinet pada Rabu melantik bekas Ketua Setiausaha Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Pasukan Siasatan Khas bagi menyiasat kerugian tukaran asing tersebut.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lb4seI

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.