Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Fakta Menarik Jejaka Tampan, Henry Golding - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Fakta Menarik Jejaka Tampan, Henry Golding

31 Mac 2017. 12.13 PM

89

Hiburan

10 Fakta Menarik Jejaka Tampan, Henry Golding
Pengacara dan model popular Henry Golding, 30, telah dipilih sebagai watak utama bagi membintangi filem Hollywood, Crazy Rich Asians.
 
Menerusi filem tersebut, Henry akan membawa watak Nick Young, seorang jejaka tampan dan kaya yang berasal dari Singapura.
 
Henry sebelum ini terkenal menerusi beberapa program travel seperti “Now everybody can travel to New Zealand”, “2 Brothers 2 Cities”,” Without Boundaries” dan banyak lagi.
 
Jejaka berdarah kacukan Iban-Inggeris ini membesar di England dan kemudian menetap di Malaysia dan Singapura.
 
Untuk anda mengenali Henry dengan lebih dekat, kami kongsikan 10 fakta menarik tentang dirinya:

1. Henry mengacara di saluran antarabangsa seperti  ESPN, National Geographic, BBC, Fox, dan NBC Universal.

[embedded content]
 
2. Tidak Ke Kolej
Dia berpendapat bahawa format pembelajaran secara membaca dan mendengar adalah bukan dirinya. Pembelajaran baginya lebih kepada pegalaman sendiri. Henry berkata dia sangat bertuah kerana ibu bapanya memberikan kebebasan dalam membuat keputusan.

[embedded content]  

3. Rapat Dengan Ibunya
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Henry kerap meluangkan masa bersama ibunya dan perkara itu boleh dilihat menerusi gambar yang dikongsi di Instagram.


 
4. Pencinta Haiwan
Jejaka ini juga kerap bergambar dengan haiwan peliharaannya. Ini jelas membuktikan dia seorang yang penyayang.



5. Gemar Bersukan
Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, Henry mengamalkan gaya hidup sihat dengan berlari, menunggang basikal dan melakukan yoga.



6. Suka Makan!
Walaupun dia kelihatan kurus, tahukah anda dia gemar untuk meneroka pelbagai jenis makanan yang sedap.


 
7. Penggaya Rambut Terlatih
Sentiasa kelihatan kacak dan kemas, Henry sebenarnya memiliki kepakaran dalam menggayakan rambut dan beliau pernah menjalani kursus sebagai penggaya rambut.


8. Suka Melancong
Jika anda mencari rakan untuk bertanya tentang tempat-tempat menarik, Henry adalah orangnya! Menerusi Instagramnya, dia sering berkongsi gambar-gambar menarik ketika berada di luar negara.
 

9. Seorang Model
Kerjayanya bermula sebagai seorang Model. Henry juga pernah menjadi penghias muka depan majalah dan menjalankan beberapa kempen kesihatan.
 

10.Sudah Berkahwin!
Perkara ini mungkin mengecewakan hati ramai gadis di luar sana. Henry telah berkahwin dengan seorang gadis berdarah kacukan Itali-Taiwan pada Ogos lalu. Isterinya juga seorang pengacara dan pelatih yoga.


Sumber : cosmopolitan.com, nextshark.com, elle.sg
Olahan : Izzat Ridzwan
Kredit Foto : Instagram @henrygolding
 

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nDhUtN

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.