Perlumbaan ARRC: Afif Ceria Fitri Disenarai Wakili Yamaha
PELUMBA Hong Leong Yamaha, Ahmad Afif Amran gembira apabila nama Mohd Fitri Ashraff Razali didaftar pada saat akhir selaku pelumba kedua pasukan itu bagi mengharungi cabaran Kelas 250 Asia Production dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, Pasir Gudang, esok. – Foto NSTP
JOHOR BAHRU: Pelumba Hong Leong Yamaha, Ahmad Afif Amran gembira apabila nama Mohd Fitri Ashraff Razali didaftar pada saat akhir selaku pelumba kedua pasukan itu bagi mengharungi cabaran Kelas 250 Asia Production dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, Pasir Gudang, esok.
Sepanjang musim lalu, Ahmad Afif adalah pelumba tunggal bagi pasukan itu dan menamatkan musim di kedudukan ke-17 keseluruhan.
“Tahun 2016 amat mencabar buat saya dan pasukan apabila beraksi secara bersendirian menyebabkan kami tidak dapat berkongsi dan mengumpul lebih banyak mata.
“Perlumbaan kelas 250 ini tidak banyak bezanya dengan kelas Underbone memandangkan sekelompok besar pelumba yang akan bersaing sengit menuju ke garisan penamat.
“Menunggang jentera yang lebih besar dan laju apabila bersaing dengan 28 pelumba berada di grid dan semestinya saya gembira kerana tahun ini dapat bekerjasama dengan Fitri,” kata Ahmad Afif.
Sementara itu, Mohd Fitri nyata teruja apabila bakal beraksi dalam kategori baharu pada musim ini selepas namanya tersenarai pada saat akhir walaupun terpaksa bergelut tidak dapat membuat persiapan secukupnya.
“Saya belum pernah menggunakan jentera Yamaha berkelas 250. Biarpun pernah beraksi dalam saingan Asia Dream Cup beberapa tahun lalu, namun kelas terbuka 250cc ini lebih mencabar.
“Pelumba-pelumba yang bersaing pada musim ini lebih berpengalaman. Apa pun saya akan berusaha yang terbaik dan seandainya dapat menamatkan perlumbaan di kelompok 10 pelumba terbaik sudah memadai,” jelas Fitri.
Jadual Perlumbaan di Litar Johor, Pasir Gudang esok:
Kelas Underbone 150 – 1.05 tengahari
Kelas 250 Asia Production – 2 petang
Kelas 600 Super Sport – 3 petang
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nS57WO✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment