Hi! Welcome Back and Stay Tune! TAHNIAH!! Sharnaaz Ahmad Selamat Bergelar Suami Kepada Noor Nabila, Kakak Neelofa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TAHNIAH!! Sharnaaz Ahmad Selamat Bergelar Suami Kepada Noor Nabila, Kakak Neelofa

Pelakon Sharnaaz Ahmad kini bergelar suami kepada Noor Nabila setelah mereka berdua selamat diijabkabulkan pada tepat jam 9.15 malam dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Hj. Syamsul Firdaus selaku wakil wali.

Sharnaaz Ahmad telah menyerahkan 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan, Nabila.

Mas kahwin sebanyak RM 1000 manakala jumlah wang hantaran telah dirahsiakan.

Sharnaaz Ahmad mengenakan baju melayu serba putih hasil rekaan Putra Cosry manakala Noor Nabila pula kelihatan anggun dan menawan mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh Datuk Radzwan Radzwil.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu berlangsung dalam suasana meriah.

Seperti yang dirancang, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Royal Chulan Damansara.

Sementara itu, majlis resepsi Sharnaaz bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang.

Noor Nabila merupakan kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa.

Mereka berdua telah bercinta selama 2 tahun sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

Tahniah diucapkan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nDwDov

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.