V Shem-Wee Kiong Tersingkir Suku Akhir Terbuka India
GOH V Shem (kiri) dan Tan Wee Kiong. – Foto fail Foto Rosli Rahmat
KUALA LUMPUR: Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal meneruskan cabaran mereka di kejohanan badminton Siri Super Terbuka India di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, hari ini.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 yang juga pilihan utama kejohanan tewas 15-21, 17-21 di suku akhir kepada pilihan kelima, Li Junhui-Liu Yuchen dari China, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia www.bwfbadminton.org.
Gandingan China itu yang juga naib juara Seluruh England baru-baru ini, akan berdepan beregu Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Angga Pratama di separuh akhir esok.
Beregu Indonesia itu yang juga pilihan keenam mara selepas menundukkan beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei-Lee Yang 22-20, 25-23.
Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan berdepan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Shin Seung Chan dalam aksi suku akhir mereka sebentar lagi.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam tiga acara lain – perseorangan lelaki dan wanita serta beregu wanita – di kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah US$325,000 (RM1.436 juta).
Juara tiga kali Terbuka India, Datuk Lee Chong Wei tidak mengambil bahagian untuk memberi tumpuan bagi menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke-12 di Kuching, Sarawak dari 4 hingga 9 April.
— BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nSQimG✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment