Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketengah empat pengembaraan baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketengah empat pengembaraan baru

Berikutan kegagalan sekuel filem The Smurfs 2 pada 2013, produksi Sony Pictures Animation mengeluarkan animasi penuh The Smurfs: Lost Village yang akan menemui penonton mulai 6 April ini.

Difahamkan, animasi arahan Kelly Asbury ini juga bagi memperingati pelakon suara asal Papa Smurf, Jonathan Winters yang meninggal dunia sembilan hari selepas membuat rakaman untuk The Smurfs 2.

Sesuai ditonton seisi keluarga, animasi ini mengetengahkan jalan cerita segar dengan empat pengembaraan baru sahabat Smurfette, Brainy, Clumsy dan Hefty memasuki hutan larangan untuk menjejaki sebuah perkampungan misteri.

Animasi ini turut membariskan pelakon suara baru antaranya Demi Lovato, Danny Pudi, Jack McBrayer, Joe Manganiello, Julia Roberts dan Michelle Rodriguez.

Bercerita pengalaman menyumbang suaranya untuk watak utama Smurfette, Lovato yang juga penyanyi popular menyifatkan peluang itu penghargaan bermakna baginya.

“Ini kali pertama saya meminjamkan suara dan peluang untuk bekerjasama dengan francais ikonik dan klasik ini istimewa bagi saya,” katanya.

Penyanyi Heart Attack ini turut meluahkan keterujaan diberi kepercayaan untuk membintangi watak Smurfette kerana mempunyai sifat tabah.

“Smurfette memiliki sikap berani, bersemangat dan ingin tahu. Ciri-ciri itu membuatkan saya bersetuju meminjamkan suara dalam filem berkenaan.

“Ini kerana saya bukan jenis yang terbabit dalam perkara mengarut,” katanya yang dinobatkan sebagai pemenang Album Vokal Pop Terbaik Anugerah Grammy ke-59.

Pernah membintangi dalam beberapa filem dan siri untuk saluran Disney pada usia muda, Lovato turut memberitahu kurang membuat perubahan terhadap skripnya ketika merakamkan suara.

“Oleh kerana ini pengalaman pertama terbabit dalam animasi berskala besar, saya banyak mengikut skrip. Namun, saya diberikan kebebasan untuk menambah atau memperbaiki dialog.

“Walaupun rasa pelik mendengar suara sendiri daripada makhluk berwarna biru, saya berharap penonton menyukai Smurfette,” katanya.

Biarpun prestasi dua filem lalu The Smurfs kurang memuaskan, karakter komik ciptaan katunis Belgium, Peyo tetap menerima sambutan hangat di seluruh dunia.

Dalam satu temu bual, Asbury mempercayai Smurfs berjaya mengekalkan popularitinya kerana memiliki perwatakan serta paras rupa unik.

“Makhluk ini mempunyai sesuatu yang boleh menarik peminat. Selain itu, mereka tidak kelihatan seperti kehidupan biasa kerana berwarna biru dan setiap makhluk ini mempunyai personaliti khas seperti Brainy, Hefty, Greedy serta Grouchy,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan Lovato, pengarah itu berkata, penyanyi berkenaan mempunyai suara mantap dan menarik.

“Lovato memiliki ciri-ciri yang ada pada Smurfette. Malah, saya berasakan dia adalah Smurfette,” katanya.

Bagi Manganiello yang membawa suara Hefty, Asbury berkata pelakon itu berbakat melakonkan pelbagai jenis suara, sekali gus memudahkan kerjanya.

“Apa yang saya suka mengenai Manganiello adalah dia boleh memberi saya banyak pilihan. Jadi apabila rakaman bermula, kami mencuba pelbagai cara bercakap,” katanya.

Menurut Asbury, produksi mengambil masa dua tahun setengah untuk menyelesaikan animasi berkenaan.

The post Ketengah empat pengembaraan baru appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nFA4wK

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.