Hi! Welcome Back and Stay Tune! Potong Mata Tak Selesai Isu Tunggakan Gaji: Annuar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Potong Mata Tak Selesai Isu Tunggakan Gaji: Annuar

PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa. – Foto Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menganggap hukuman memotong mata bukan penyelesaian bagi pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang berdepan masalah tunggakan gaji pemain.

Justeru, beliau meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan bagi menangani masalah itu.

“Tak usah terburu-buru wahai FAM. Potong mata bukan jalan penyelesaian, kalau potong leher sekali pun.

“Bukan soal team (pasukan) tak mahu bayar biasanya, tapi kalau dah tiada wang dalam tangan (atas pelbagai sebab biasanya), ugutan tak selesaikan masalah,” kata Annuar dalam satu kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook miliknya, hari ini.

Kelantan turut termasuk dalam enam pasukan Liga M yang bakal berdepan hukuman pemotongan mata selepas gagal melunaskan tunggakan gaji pemain.

BH Sukan hari ini melaporkan Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor mengesahkan persatuan itu sudah menghantar surat rayuan kepada Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) empat hari lalu memohon dilanjutkan tempoh bayaran tunggakan gaji pemain.

KAFA memerlukan sedikit masa bagi menyelesaikan bayaran tunggakan gaji untuk mendapatkan dana kewangan.

Menerusi kenyataan sama, Annuar turut yakin isu tunggakan dua bulan gaji pemain pasukan itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Untuk KAFA, saya yakin isu (tunggakan) dua bulan gaji beres (selesai) sehari dua lagi sebaik sumbangan RM2 juta yang sudah diperoleh di clear (mendapat pelepasan) bank pembayar.

“Tunggu pelepasan cek sahaja. Usah bimbang, bukan setakat gaji, tapi (perkara) yang lain juga sedang kita bantu secara berperingkat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai rayuan daripada KAFA itu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nDHgI5

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.