Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Najib Pelawa Rajnikanth Buat Penggambaran Sekuel Kabali Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Najib Pelawa Rajnikanth Buat Penggambaran Sekuel Kabali Di Malaysia

CHENNAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mempelawa bintang filem Tamil, Rajnikanth, untuk membuat penggambaran sekuel filem Kabali di Malaysia.

Katanya perkara itu disampaikan dalam pertemuan beliau dengan pelakon dan pengarah popular itu, yang nama sebenarnya Sivaji Rao Gaekwad, di sini hari ini.

Najib berkata tawaran itu antara strategi untuk memasarkan keindahan dan keunikan Malaysia kepada pelancong dari India dan seteruskan menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari negara itu.

“Saya lihat prospek pelancongan negara boleh dipasarkan secara lebih meluas lagi di negara ini dan sebab itu saya jumpa Rajnikanth dan tawarkan beliau buat penggambaran sekuel filem Kabali di Malaysia.

“Setakat yang saya tonton filem itu ada menggambarkan keindahan negara,” katanya yang memaklumkan telah menerima respon positif daripada pelakon itu berkenaan tawaran berkenaan.

“Ada kemungkinan (beliau setuju) kerana skrip (sekuel filem berkenaan) sedang dirangka, dan beliau juga menyatakan puas hati dengan layanan yang diberi semasa penggambaran filem Kabali,” katanya kepada pemberita Malaysia yang mengikuti lawatan rasmi beliau di Chennai.

Kabali, yang merupakan filem berbahasa Tamil, memaparkan kisah kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di India dan ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 22 Julai 2016 dan 29 Julai 2016 dalam versi bahasa Malaysia.

Ia merupakan filem ke-159 lakonan Rajnikanth dan diarahkan oleh P.Ranjith serta menjalani penggambaran di Malaysia, Bangkok, Thailand serta Hong Kong.

Filem yang mencatat kutipan RM334 juta itu turut dilakonkan oleh beberapa artis tempatan termasuk Datuk Rosyam Noor, Norman Hakim dan Jack Taipin.

Terdahulu, mengulas lawatan dua harinya ke Chennai, Najib berkata beliau berpuas hati dengan hasil lawatan itu yang antara lain membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama untuk diterokai.

Perdana menteri berkata jaminan itu turut diberi Ketua Menteri baharu Tamil Nadu, Edappati Palaniswami yang menyatakan kesediaan bekerjasama bagi memastikan hubungan Kuala Lumpur-Tamil Nadu dapat dibawa ke tahap lebih baik.

Katanya lawatan itu juga membuka prospek pelaburan lebih besar apabila 23 peneraju industri yang mewakili pelbagai sektor yang ditemui hari ini turut menunjukkan minat untuk melebarkan sayap mereka ke Malaysia.

Antara sektor yang berpotensi ialah perubatan, pendidikan dan aeroangkasa, kata Najib.

Dalam pada itu, beliau berkata Tamil Nadu turut menawarkan peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur di negeri itu khususnya dalam kawasan Zon Perdagangan Bebas di Chennai.

Najib kemudian berlepas ke New Delhi bagi meneruskan program lawatan enam hari ke India sebelum ke Jaipur. — Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nn0jEK

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.