Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lee Min Ho Jejaki ‘Zon Berbahaya di Dunia’ Tanpa Minta Bayaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lee Min Ho Jejaki ‘Zon Berbahaya di Dunia’ Tanpa Minta Bayaran

Ketika peminat kini berdebar menantikan pengumuman tarikh sebenar Lee Min Ho akan melaksanakan kewajipannya menjalani latihan kententaraan, terbaru aktor kesayangan dilaporkan bakal muncul menerusi program dokumentari bertajuk DMZ The Wild.

Menariknya, dalam program terbitan stesen MBC ini, pelakon drama The Legend of The Blue Sea ini diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai hos.

DMZ (Demilitarized Zone) merupakan sempadan antara negara Korea Utara dan Korea Selatan dan diisytiharkan sebagai zon berbahaya di dunia. Meskipun mempunyai jadual yang padat dengan penggambaran lain seperti drama, filem dan iklan komersial, namun dalam tempoh selama dua tahun ini Min Ho sanggup berulang-alik ke set penggambaran DMZ.

Terpaksa berulang alik ke lokasi penggambaran berkenaan pastinya bukan mudah bagi Min Ho. Malah sewaktu penggambaran, beliau berdepan dengan cabaran termasuklah risiko hidupan liar dan cuaca yang mencecah suhu hingga 30 darjah. Beliau juga melalui pengalaman tinggal di zon tersebut selama 2 hari 3 malam.

Ketika sidang media program tersebut baru-baru ini, Min Ho memberitahu media, beliau menjalani penggambaran dengan penuh komited dan ikhlas. Justeru beliau tidak meminta bayaran walau sesen pun daripada pihak prokduksi sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu kerja amal yang mahu dilakukan sebelum menjalani latihan ketenteraan.

“Para anggota tentara yang ditempatkan di sana (DMZ) rata-rata masih sangat muda. Saya berasa bersalah. Saya ingin melakukan sesuatu sebelum memulakan latihan ketenteraan saya kelak,” tutur Lee Min Ho yang turut mengakui setiasa berasa berdebar sepanjang menjalani penggambaran di zon berkenaan.

DMZ The Wild akan ditayangkan mulai 3 April ini.

The post Lee Min Ho Jejaki ‘Zon Berbahaya di Dunia’ Tanpa Minta Bayaran appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nmF6uE

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.