Pandelela-Nur Dhabitah Terlepas Pingat Siri Terjun Dunia
PANDELELA Rinong dan Nur Dhabitah Sabri ketika di Olimpik Rio
KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, terlepas pingat acara 10m platform seirama Siri Terjun Dunia FINA Ketiga di Kazan, Rusia, hari ini.
Bagi siri kali ini yang berlangsung di Kazan Aquatic Palace, Pandelela yang bergandingan buat pertama kali dengan Nur Dhabitah, menduduki tempat keempat selepas memperoleh 283.02 mata.
Acara itu dimenangi pasangan dari China, Ren Qian dan Si Yajie dengan 328.20 mata.
Pingat perak diraih gandingan Caeli McKay-Meaghan Benfeito dari Kanada dengan 291.06 mata dan gangsa menjadi milik Iuliia Timoshinina-Valeriia Belova dari Rusia dengan 284.76 mata.
Dalam dua siri sebelum ini, Pandelela yang bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam acara yang sama berjaya meraih pingat perak pada siri pertama di Beijing dan gangsa pada siri berikutnya di Guangzhou.
Sementara itu, Nur Dhabitah akan bergandingan dengan Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama pukul 6 waktu Kazan (jam 11 malam, Jumaat waktu tempatan).
BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nDzSMQ✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment