Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sesalan ibu selepas jatung anak disahkan berlubang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sesalan ibu selepas jatung anak disahkan berlubang

Sesalan ibu selepas jatung anak disahkan berlubang|Seorang ibu yang juga perokok diselubungi perasaan bersalah apabila anak ketiganya yang dilahirkan pada November lalu disahkan sakit jantung berlubang.

Mahu dikenali sebagai Ita, 30, dia menyesal kerana anaknya, Mikhael yang kini berusia empat bulan terpaksa menanggung akibat daripada perbuatannya yang merokok ketika mengandungkan anaknya itu.

“Saya mula merokok sejak remaja. Ketika mengandungkan Mikhael pun saya merokok tetapi tak kerap. Dua kehamilan sebelum ini pun sama tetapi anak yang lain tiada masalah kesihatan.

“Tak sangka pula kali ini akan beri kesan pada Mikhael. Apabila Mikhael yang terpaksa menanggung akibat daripada perbuatan saya, saya menyesal dan bersalah sangat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Tambah ibu kepada tiga anak lelaki itu, dia nekad berhenti merokok apabila Mikhael disahkan sakit jantung berlubang ketika baru berusia tiga bulan.

“Dulu sekurang-kurangnya satu kotak rokok sehari, tetapi apabila doktor kata Mikhael kena jantung berlubang, saya terus berhenti merokok,” katanya.

Menurut Ita, Mikhael sudah mengalami masalah pernafasan sejak dilahirkan, namun dia menyangka masalah terbabit tidak serius.

“Saya bersalin di Hospital Ipoh. Sejak dilahirkan, Mikhael sudah mengalami masalah pernafasan. Bagaimanapun, doktor di hospital terbabit minta Mikhael dirujuk ke hospital di Selangor selepas saya selesai pantang.

“Pada mulanya saya ingatkan tak serius, tetapi apabila saya bawa Mikhael ke Klinik Desa Padang Jawa untuk pemeriksaan bulanan, doktor terus panggil ambulans untuk bawa dia ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana pernafasannya merosot,” katanya

Tambahnya lagi, keadaan Mikhael seperti bayi normal yang lain, tetapi dia cepat letih dan sentiasa mahu tidur.

“Mikhael sekarang sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang kerana ada jangkitan pada paru-parunya. Dia dijadualkan akan menjalani pembedahaan di Institut Jantung Negara (IJN) tetapi masih belum diberi tarikh oleh IJN,” katanya.

Ita yang berasal dari Selangor kini sedar bahawa rokok adalah penyumbang utama masalah kesihatan jantung, paru-paru dan sebagainya.

“Semua orang pun tahu rokok adalah penyebab utama masalah kesihatan. Tapi sebelum ini tak kena pada kita, bila dah kena baru sedar. Tuhan kalau nak tunjuk, bila-bila masa saja,” katanya.

The post Sesalan ibu selepas jatung anak disahkan berlubang appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nDDE8P

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.