Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Jong Nam: Sembilan Warga Malaysia Selamat Kembali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Jong Nam: Sembilan Warga Malaysia Selamat Kembali

Sembilan warga Malaysia yang dihalang keluar dari Korea Utara telah selamat tiba di tanah air dengan menaiki pesawat khas (M48-02) dari Pyongyang sekitar jam 5.03 pagi tadi.

Ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai khas Kerajaan dan kaum keluarga.


Kredit: Reuters

Warga Malaysia yang hadir ialah Penasihat Keselamatan Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain dan isteri, Iza Karmila Ramli serta tiga orang anak, Annur Zuaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah.

Warga Malaysia lain termasuk Pembantu Tadbir, Nirmala Malar, Pembantu Peribadi Duta, Noor Saadiah, Ieda Jamaludin dan Mohamad Redzuan Othman.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua rakyat Malaysia yang ‘terperangkap’ daripada meninggalkan Korea Utara kini dibenarkan pulang ke tanah air sejak 7 Mac lalu.

Najib berkata kesemua mereka berlepas dari Pyongyang pada pukul 7.45 malam tadi (waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 5 pagi Jumaat.

Perdana Menteri turut menzahirkan rasa syukurnya melalui akaun Twitternya: “Alhamdulillah Pesawat Khas membawa pulang 9 rakyat  Malaysia telah keluar ruang udara Korea Utara. Krisis diplomatik sudah berakhir.”
 

Susulan perkembangan itu, Najib berkata Malaysia kini membenarkan rakyat Korea Utara meninggalkan  negara ini.

KRONOLOGI

Ketegangan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara bermula sewaktu terjadinya pembunuhan Kim Jong Nam iaitu abang kepada pemimpin negara itu Kim Jong Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas.

Jong Nam, 46, didapati dibunuh menggunakan agen saraf VX, oleh dua wanita warga Indonesia dan Vietnam semasa menunggu penerbangan pulang ke Macau di lapangan terbang itu.

Pergeseran diplomatik terjadi apabila Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol mempertikaikan cara Malaysia mengendalikan kes itu termasuk mengkritik ketelusan pihak berkuasa, lantas menyebabkannya diisytihar sebagai persona non grata (PNG) oleh kerajaan Malaysia.

Kang Chol yang diarah meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac lepas membuatkan Korea Utara melakukan hal yang sama terhadap Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohammad.

Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu pada 7 Mac, disusuli langkah Kuala Lumpur mengambil tindakan yang sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini.

Sumber: Astro Awani
Kredit foto: AFP, FreeMalaysiaToday

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oihIDl

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.