Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Kurang Masa Nak Buat Workout" – Najib Balas Tweet Lelaki Ini Bila Ditegur Suruh Cover Perut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Kurang Masa Nak Buat Workout" – Najib Balas Tweet Lelaki Ini Bila Ditegur Suruh Cover Perut

Mesti kita tertanya-tanyakan adakah Perdana Menteri, Najib Razak, membaca komen-komen yang kita tulis di laman media sosialnya.

Ye lah, dia kan sibuk, jadi mungkin tak ada masa nak baca-baca komen yang kita hantar – tidak kira lah negatif, positif atau neutral.

Tapi hari ni, nampaknya beliau terbukti membaca komen-komen di Facebook apabila beliau membalas satu komen yang ditulis oleh Shameer Saari.

Semuanya bermula apabila Najib memuatnaik satu fotonya yang sedang berbual melalui telefon dipercayai ketika beliau berada di India.

“Berbual dgn Mohd Azrin, pegawai kedutaan Msia di Korea Utr yg slmt tiba di Msia pg tadi brsama 8 yg lain. Alhamdulillah semua sihat&selamat.” tulis Najib.

Mata si Shameer ni sangat tajam agaknya sampaikan boleh tengok satu kekurangan Najib – perutnya yang kedepan sikit.

Dengan pantas Shameer menulis di ruangan komen: “@NajibRazak, perot tu cover sikit”.

Tanpa disangka-sangka, Najib membalas komen yang diutarakan oleh Shameer.

Selepas itu, terus si Shameer ni mengajak Najib berbadminton bersama-samanya. Tapi tweet itu tidak berbalas.

Kes Shameer ini sangat unik kerana jarang sekali kita lihat Perdana Menteri membalas tweet-tweet netizen di laman sosialnya. Bagaimanapun – jika diketepikan sebentar pandangan politik – , perkara-perkara ini sangat bagus kerana boleh merapatkan lagi hubungan antara rakyat dan pemimpin.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ohetvu

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.