Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jackie Chan Elak Komen Kes Bekas Skandalnya Ditahan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jackie Chan Elak Komen Kes Bekas Skandalnya Ditahan Polis

Lagenda filem aksi terkenal, Jackie Chan dilaporkan berjaya mengelak daripada memberi sebarang komen mengenai kes bekas kekasih lamanya, Elaine Ng yang ditahan polis minggu lalu.

Pada 29 Mac lalu, sekumpulan kawan-kawan rapat dalam industri menganjurkan sebuah parti untuk Jackie bagi meraikan kemenangan figura tersebut sempena kejayaan beliau dianugerahkan anugerah pencapaian seumur hidup pada Anugerah Academy yang lalu. Isteri Jackie iaitu Joan Lin anaknya Jaycee Chan bagaimanapun, tidak hadir.

Ketika sesi bertemu media, Jackie sempat dengan berjenaka mengatakan keluarganya telah mula bosan melihat trofi Oscar beliau.

“Mereka (Joan Lin dan Jaycee) orang yang sangat tenang. Mereka tidak mengucapkan tahniah kepada saya, “kata Jackie sambil ketawa.

Difahamkan, figura berusia 62 tahun itu pada asalnya tidak bersetuju majlis meraikan dirinya diadakan kerana beliau tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk. Namun, selepas dipujuk oleh rakannya iaitu Eric Tsang, Derek Yee dan John Sum, akhirnya Jackie akur.

“Saya berkata ya selepas mereka memberitahu saya bahawa mereka akan menjemput orang-orang yang saya pernah bekerja dengan mereka sejak beberapa dekad yang lalu.

Mereka semua kawan-kawan lama dalam industri. Ini adalah peluang yang terbaik saya bertemu semula dengan mereak,” kata Jackie.

Sebut mengenai ‘kawan lama’, lantaran pihak media meminta pelakon yang baru saja muncul dengan filem terbaru Kung Fu Yoga ini mengulas mengenai kes penahanan Elaine.

Elaine, yang mempunyai hubungan sulit dengan Jackie sekitar lewat 90-an, ditahan kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap anak perempuannya, Etta Ng, selepas gadis itu membuat laporan polis mendakwa ibunya mengungut mahu membunuhnya.

Elaine bagaimanapun telah dibebaskan atas ikat jaminan, namun sehingga kini hubungannya dengan anak perempuannya masih renggang. Etta atau lebih dikenali dengan jolokan Little Dragon Girl, merupakan anak hasil hubungan Jackie dan Elaine.

Sebaik saja mendengar nama wanita berkenaan, Jackie tersenyum dan kemudian memberi reaksi,

“Apa? Apa yang berlaku? Terima kasih semua!”, katanya yang seolah-olah tidak mengendahkan pertanyaan para media.

The post Jackie Chan Elak Komen Kes Bekas Skandalnya Ditahan Polis appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oiOAfc

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.